Rabu, 26 Ogos 2009

JADUAL MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT UPU (DUN GUCHIL)
BIL.
TARIKH
PETI UNDI
TEMPAT
TINDAKAN
1
26 / 08 / 200905 RAMADHAN 1430
KG. BARU GUCHIL UTARA

KETUA UPU & PENGHULU
2
27 / 08 / 200906 RAMADHAN 1430
SRI GUCHIL

KETUA UPU & PENGHULU
3
28 / 08 / 200907 RAMADHAN 1430
KG. BARU GUCHIL TENGAH

KETUA UPU & PENGHULU
4
29 / 08 / 2009 – 08 RAMADHAN 1430
KG. RAHMAT

KETUA UPU & PENGHULU
5
30 / 08 / 200909 RAMADHAN 1430
BANDAR BARAT

KETUA UPU & PENGHULU
6
02 / 09 / 200912 RAMADHAN 1430
KG. BARU GUCHIL SELATAN

KETUA UPU & PENGHULU
7
04 / 09 / 200914 RAMADHAN 1430
TUALANG / BEKOK

KETUA UPU & PENGHULU
8
05 / 09 / 200915 RAMADHAN 1430
BANDAR TENGAH

KETUA UPU & PENGHULU
9
06 / 09 / 200916 RAMADHAN 1430

BANDAR SELATAN

KETUA UPU & PENGHULU
10
10 / 09 / 200920 RAMADHAN 1430
RKT BAHAGIA

KETUA UPU & PENGHULU
11
07 / 09 / 2009 – 17 RAMADHAN 1430
BATU BALAI

KETUA UPU & PENGHULU
12
08 / 09 / 200918 RAMADHAN 1430
KUALA PAHI

KETUA UPU & PENGHULU
13
11 / 09 / 200921 RAMADHAN 1430
KENOR

KETUA UPU & PENGHULU
14
12 / 09 / 200922 RAMADHAN 1430
BANDAR TIMUR

KETUA UPU & PENGHULU
15
13 / 09 / 200923 RAMADHAN 1430
PAHI

KETUA UPU & PENGHULU
16
14 / 09 / 200924 RAMADHAN 1430
LADANG TAKU

KETUA UPU & PENGHULU
17 15/ 09 / 2009 - 25 MTD BERSAMA PENGARAH AJK & PENGHULU
RAMADHAN 1430 KOTA BHARU

*** KEHADIRAN SEMUA JAWATANKUASA MTD GUCHIL ADALAH DIWAJIBKAN DI SETIAP MAJLIS.
*** TEMPAT UNTUK MENGADAKAN MAJLIS AKAN DITENTUKAN OLEH KETUA UPU ATAU PENGHULU MUKIM.
“SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Ahad, 23 Ogos 2009


Ahlan Ya Ramadhan, Marhaban Ya Ramadhan

Ahlan Ya Ramadhan, Marhaban Ya Ramadhan. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua rakyat Kelantan khasnya kepada rakyat di Dun Guchil. Semuga dengan kedatangan Ramadhan pada kali ini akan menambahkan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Bulan Ramadhan adalah anugerah Ilahi kepada hambanya yang benar-benar beriman untuk mencapai tahap ketaqwaan kpd Allah SWT. Sebulan kita akan berada di bulan Ramadhan seumpama seperti kita memasuki sebuah Universiti @ IPT, disini kita akan diberi Tarbiyah pendidikkan dengan sempurna. Hanya mereka yang betul-betul belajar dan mengikuti penuh minat kepada pelajaran serta dapat menerima tunjuk ajar daripada pensyarah sahaja yang akan berjaya dan akhirnya mendapat segulung ijazah.

Begitulah juga sebulan dibulan Ramadhan ini, hanya mereka yang dapat menghayati sepenuhnya pengertian Ramadhan serta dapat mengikuti perintah dan larangan Allah sahaja lah yg akan mencapai darjah ketaqwaan kepada Allah SWT.

Bulan Ramadhan bulan diturunkan AlQuran, perbanyakkan lah membaca kita suci ini kerana Allah lipatkali gandakan pahala membaca Al Quran. Ramadhan mendidik kita menjadi Insan mulia dgn menggalakkan sedekah, oleh itu perbanyakkanlah bersedekah dibulan yang mulia ini.

Rebutlah LailatulQadar yang Allah berikan bonos kepada hambanya yang benar-benar berpuasa dengan keimanan dan penyerahan diri kepada Allah.

Marilah kita mengutip sebanyak mungkin pahala yang berselerakkan ditabur oleh Allah di bulan Ramadhan ini. Mudah-mudahan kita termasuk dikalangan minalmutqqin... Amin.
Wassalam....

Catatan oleh:
Ust Hj Zulkifli Yacob
Pengarah MTD Guchil

Sabtu, 15 Ogos 2009

Sukan PASTI Al Ummah Guchil 7, MTD Guchil


Pada hari telah berlangsung sukan PASTI Al Ummah Guchil 7. Ia dirasmikan oleh Pengarah MTD Guchil Ustaz Zulkifli Yaacob. Program ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir tengahari ini bertempat di Padang Awam Guchil 7.

Menurut Pengerusi PASTI Al Ummah, Ustaz Mohammed Isa. Program iniadalah salah satu aktiviti untuk mempromosikan Sekolah Pasti Al Ummah yang sekarang ini mempunyai 25 orang pelajar yang berumur antara 5 dan 6 tahun. Ustaz Mohamad yang sudah lama menerajui Pasti bersama 7 AJKnya , juga merupakan insan yang sangat berjasa dalam menggerakkan sekolah Pasti ini dan telah menyediakan sebuah rumahnya untuk sekolah Pasti ini.

Setiausaha PASTI Al Ummah Ustaz Zaki Idris yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai menjelaskan bahawa sukan hari ini disertai oleh pelajar-pelajar PASTI, murid sekolah rendah dan juga murid sekolah menengah. Semua ibubapa telah sama-sama melibatkan diri dalam menjayakan Sukan ini. Sebanyakkan 17 acara dipertandingkan, manakala cabutan bertuah disediakan dua buah basikal.

Guru Pasti Al Ummah Nik Maskah Ab Kadir berkata Sekolahnya memerlukan beberapa peralatan untuk memantapkan pembangunan PASTI Al Ummah ini seperti bangunan sendiri, Peralatan ICT seperti komputer, LCD dan beberapa keperluan lain. Pihak pengurusan PASTI juga memerlukan tajaan untuk mengadakan aktiviti lawatan.

Dalam reaksi segeranya Pengarah MTD Ustaz Haji Zulkifli Yaacob akan cuba untuk membantu menyelesaikan masalah ini dengan kadar yang termampu

Selasa, 11 Ogos 2009

GAMBAR PELAYARAN PENGARAH MTD GUCHIL KE PELANTAR MINYAK









Jamuan Kesyukuran PAS Cawangan Tualang


Majlis kesyukuran PAS Cawangan Tualang telah di adakan baru-baru ini. Majlis kesyukuran itu adalah bersempena pelantikan AJK PAS Kawasan Kuala Krai dan pelantikan AJK MTD Guchil yang baru. Majlis itu juga sempena dengan keberangkatan Pemangku Timbalan YDP Pas Kawasan Kuala Krai. Haji Ismail Jalil menunaikan umrah dan ibadah Haji pada keesokkannya. Begitu juga dengan pembedahan Tulang belakang AJK Pas Kawasan Tn Hj Che Pa Muhammad. Tn Hj Che Pa akan menjalani pembedahan pada 15 ogos ini. Turut hadhir pada majlis itu ialah YDP Pas Kawasan Yb.Ustaz Hj Abdul Latiff, Yb Tuan Zamri Tuan Arif dan Hj Zulkifli Yaacob Pengarah MTD Guchil yang baru. Majlis dimulakan dengan sembahyang hajat memohon keberkatan,keselamatan dan kejayaan. Selepas itu acara ucapan telah dibuat oleh dhif-dhif jemputan dan seterusnya majlis diakhiri dengan makan malam.