Selasa, 4 Januari 2011

SULIT DAN ALAT SULIT




APA RAHSIANYA?




RAHSIA SEHARI SEBELUM KRISMAS


Esok sambutan hari kelahiran Isa dari Nazareth. Petang itu di Kuala Lumpur persiapan untuk menyambutnya semakin rancak. Ibu dan kakak berbondong bondong keluar dari gedung membeli belah sambil menolak troli yang membusut penuh. Cuaca redup dan hujan rintik-rintik menambahkan lagi kesesakan jalan raya.

Tepat jam enam petang sehari sebelum Hari Krismas 2010 sebuah pesawat jet membawa tiga orang lelaki telah terbang dari KLIA menuju ke Kuala Teranganu. Jet ini sampai tepat jam tujuh malam. Satu jam kemudian sebuah lagi pesawat jet khas menyusul sampai. Jet ini mendarat dan terus meluncur masuk ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terangganu.

Bila pesawat jet kedua ini berhenti sebuah kereta Mercedes berwarna hitam telah datang menghampiri tangga pintu jet. Seorang Lelaki Tua kelihatan dibantu oleh dua pramagura untuk menuruni tangga. Lelaki Tua ini terbongkok-bongkok terus masuk ke dalam kereta dan beredar.

Disatu tempat yang berasingan - dalam bilik tamu - di sebuah rumah mewah dua lelaki obese pertengahan umur kelihatan gelisah menunggu. Mereka berdiri memandang keluar tingkap. Lelaki pertama berkulit hitam, berperut gendut, bermuka ketat – muka paraouk persis penjaga kelab dangdut. Lelaki kedua agak obese juga dan berperut gendut tatapi kulitnya agak cerah. Lelaki ini kekurangan rambut. Rambut hitam puteh di kepala tumbuh bertompok- tompok di beberapa tempat sahaja.

Tetiba masuk seorang lagi lelaki yang sosoknya kelihatan agak pelik. Lelaki ini bersongkok tinggi memakai baju Melayu berkain sampin. Perut lelaki ini extra buncit. Seluar Melayunya agak besar hingga kelihatan seperti memakai kain gown. Pungungnya membonjol seakan-akan ada cawat yang ingin disorokan didalam kain sampin songketnya.

‘Jet selamat mendarat. Dia dalam perjalanan,’ lelaki berpunggung bonjol membuka kata. Lelaki Botak tersenyum dan menganguk-anguk kepala. Lelaki Paraouk bermuka ketat melihat jam ditangan kemudian berkata ‘ ada sesiapa nampak Dia sampai?’ Soalan ini mati tergantung tidak ada yang menjawab.

Tetiba Lelaki Botak meletakan talipon rapat ke telinga, ‘ …. bukan… I bukan di Port Dickson ni… I di KT…. you ni tak caya ke…I bukan jumpa Budak Itam tu…I dengan Tuanku ni…nanti I call balik. Bai bai…’

‘ You bagi Dia tahu? You tak sedar ke … pertemuan kita ini sulit…’ Lelaki Peraouk bermuka ketat menaikkan suaranya.

Lelaki Botak memasukan talipon ke dalam saku dan bersuara, ‘ kalau tak bagi tahu…. malam ini I kena tidor dengan Dia….seksa badan I…’ Mendengar jawapan ini ketiga-tiga lelaki ini ketawa kecil. Kemudian mereka beredar dan masuk ke satu lagi bilik tamu yang lebih besar dan lebih mewah.

Lelaki Tua itu berjalan perlahan-lahan sambil diapit dan dibantu oleh dua orang lelaki sasa yang memakai coat hitam dan bertali leher. Lelaki Tua terus masuk ke ruang tamu dimana tiga lelaki tadi bingkas bangun dan terus bersalaman. Belum pun sempat mereka berbual tertiba masuk dua lelaki lagi. Seorang kelihatan memakai Baju Melayu kuning dengan coat hitam dan seorang lagi Lelaki Kacak tinggi memakai baju batik berlengan panjang. Jelas Lelaki Kacak ini adalah tuan rumah. Kesemua bangun dan bersalaman. Kemudian semua bertanya tentang kesehatan si Lelaki Tua.

Selesai eek ook eek ook basa basi itu dan ini lalu enam lelaki ini beredar dan masuk ke bilik mesyuarat. Lelaki Tua dan Lelaki Berbaju Melayu duduk di sebelah kanan. Tiga lelaki obese duduk di sebelah kiri. Ditengah-tengah duduk Lelaki Kacak berbaju batik sebagai orang tengah.

Mesyuarat bermula dengan labon Lelaki obese berkepala botak. Lelaki Botak ini berkesah tentang orang China dan orang India yang sudah naik tocang. Apa makna naik tocang ini tidak pula jelas. Tetapi menurut Lelaki Botak ini kedudukan Orang Melayu pada masa ini sedang terancam. Orang Melayu makin terpinggir kerana kuasa politik mereka pecah. Orang Melayu menurut Lelaki Botak ini akan pupus macam burung Dodo jika sesuatu tidak dilakukan dengan segera.

Labon Lelaki Botak ini disambut oleh Lelaki Paraouk yang menerangkan bagaimana baru-baru ini China di Pulau Pinang telah berani menggunakan tangan untuk menyuap nasi – meniru cara orang Melayu makan. Menurut Lelaki Paraouk ini adalah bahaya kerana dalam pilihanraya yang akan datang tidak dapat dikenali lagi mana Melayu dan mana Mamak Tongkang. Apa sangkut paut Mamak Tongkang dengan orang China makan pakai tangan tidak juga jelas.

Tetiba mesyuarat ini terhenti kerana rupa-rupanya Lelaki Berseluar Gown telah mula berdengkor tidor. Semua mata berpandangan. Yang tidak ambil pot hanya Lelaki Tua yang matanya memandang tepat muka Lelaki Paraouk. Lelaki Paraouk merasa tetekan dan agak gelisah apabila matanya dipandang.

Akhirnya mereka tidak mempedulikan keroh dan dengor kerana hal negara dan masa depan negara lebih penting dan ingin mereka diselesaikan segera. Lelaki Botak menyambung labon. Kali ini dia membocorkan laporan bagaimana orang China di Malaysia ketika ini telah mula tidak hormat kepada Sultan dan Raja. Apabila perkataan Sultan dan Raja keluar, mata Lelaki Kacak berbaju batik mula bersinar. Dia menganggokan kepala tanda bersetuju sangat.

Menurut Lelaki Botak ini orang China di Malaysia telah naik tocang dan semakin menjadi-jadi. Mereka mahu menggunakan nama Allah, mahu bersenam dalam masjid, mahu ubah perlembagaan malah menuntut untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Lelaki Parouk bangun dan berkata, ‘ kita semua ini Melayu. Saya Melayu dulu.. kemudian baru Jawa… China naik tocang kerena ada pengkhianat dikalangan orang Melayu. Kalau tak ada dalang ini mana mungkin orang China ini berani….’ Lelaki Tua dan Lelaki Berbaju Melayu hanya diam mendengar.

Tetiba Lelaki Tua berkata dengan perlahan-lahan, ‘… mu la ni ada kempen satu Malaysia?... lagu mano mu royak satu Malaysia….mu royak satu Malaysia Cina Melayu India semua samo… mu ni cakap pada ambo lain… pada tibi tigo mu royak lain pulok… mana yang hambo leh pakai…mu ni orang munafik…. ambo tok seeeh..ambo tak suka orang munafik ni…’

Bilik senyap sebantar seperti telah diserang oleh Garuda. Kemudian Lelaki Tua ini bersuara lagi, ‘ mu nak ajak perpaduan buat gapo? Mu lah yang tangkap ramai alim ulama Pas… mu tuduh mace mace… mu guna ISA…. Islee gapo mu royak. Ambo kalau mu nak bersatu boleh… tapi mu kena pakai Islee laaa … bukan tuduh Chino lagu ni … India lagu tu. Islee larang ni sumo.’

Lelaki Botak tunduk memandang ke meja. Lelaki Paraouk buat-buat memandang ke atas siling. Bilik sunyi senyap yang kedengaran hanya dengkor Lelaki Berseluar Gown yang semakin kuat.

‘ Mu ambik ambo dari hospital … mu nak royak hal Chino dan hal India? Dah berapo kali ambo royak parti mu itu parti zalim… mu ni pemimpin zalim…’ Lelaki Tua seakan-akan marah. Lelaki Berbaju Melayu disebelahnya tidak bersuara langsung. Sesekali Lelaki Berbaju melayu melihat jam di tangan seolah-olah sedang menunggu kesampaian keretapi.

Suasana tegang ini ingin di kendurkan oleh Lelaki Kacak berbaju batik , ‘ kita sesama Melayu ini patut hormati menghormati. Kita akan lakukan apa sahaja demi untuk kebaikan negara kita ini. Kalau tak ada apa-apa lagi mari… Kita jemput semua bersantapan bersama.’

Apabila Lelaki Kcak berbaju batik bangun Laki Peraouk tergesa-gesa menarik tangan Lelaki Berseluar Gown yang tertidor. Dalam pisat-pisat sambil mengosok mata lelaki ini bersuara, ‘ menantu I itu okay… ’ Tetapi tidak ada seorang yang ambil pot lagi. Semuanya berjalan menuju ke ruang santap.

Setelah selesai jamuan makan dan bersalaman dengan tuan rumah semua tamu mengiringi Lelaki Tua kembali ke lapangan terbang. Di lapangan terbang mereka tidak memasuki pintu awam. Kesemua mereka dibawa secara menyorok-nyorok. Ketika rombongan ini sampai semua lampu di lapangan terbang telah dipadamkan.

Apabila jet membawa Lelaki Tua telah naik ke udara menuju ke Kota Baru, Lelaki Paraouk merasa agak lega dan tidak merasa tertekan oleh Lelaki Tua tadi. Dia terus bersuara kepada Lelaki Berbaju Melayu, ‘ apa yang berlaku tadi jangan beri tahu sesiapa…ini hal kita saje..’

‘ Tak ada siapa yang tahu… demo ingat ambo gi London…orang parti ingat ambo luar negaro… Bini ambo pun tak tahu… tapi ambo bagi tau Cik gu Pa dan Uztaz Nasa… demo nak sangat kita berjayo…’

‘ Lain kali kita cuba lagi. Orang tua itu nampanya keras lagi….’

Tetiba Lelaki Botak mencelah, ‘… jaga jaga hal perjumpaan kita ini jangan di ketahui oleh Mat Sabu.. Mahfuz.. Husam … dan jaga sikit Khalid Samad.. press pun jangan diberitahu…kalau Harakah.. Malaysikini tahu bahaya kita semua..Kalau I ditanya press I akan nafikan perjumpaan ini.’( TT)

Nota kaki:
Itulah kesah satu petang
sehari sebelum hari krismas 2010
petang itu akan terus menjadi
rashia untuk kita semua. Rahsia
perbincangan kerajaan perpaduan
yang amat sulit lagi gelap.

Bagaimana kesah ini ditemui oleh penulis
juga akan menjadi rahsia sulit dan gelap !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan