Sabtu, 4 Julai 2009

PRK N41 MANEK URAI PAS PASTI MENANG -USTAZ ZULKIFLI YAAKOB


Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, yang akan diadakan pada 14 julai 2009 menjadi fokus utama pucuk pimpinan parti baik UMNO maupun PAS. Sudah sembilan kali pilihanraya umum diadakan di kawasan Manek Urai, daripada jumlah itu PAS mencapai 6 kemenangan manakala UMNO cuma mencapai tiga kemenangan sahaja.

Ustaz Zulkifli Yaakob mantan Ketua Pemuda PAS Kelantan ketika ditemui berkata, dengan istilah politik, tidak keterlaluan jika dikatakan kawasan Manek Urai merupakan kubu kuat PAS. Ini kerana bulan purnama memang sudah sekian lama membudaya dan mengalir dalam darah, jiwa dan raga penduduk manek urai.

PRK 14 julai ini meskipun dihimpit, ditekan dengan peibagai-bagai unsur justeru BN menggunakan segala kekuatan dan jentera untuk menawan kerusi dun Manek Urai, pengundi Manek Urai, majoritinya lebih senang dan selesa memberikan undi mereka kepada calon PAS.

Perjuangan Pas Perjuangan Islam

Beliau juga berkata rata-rata masyarakat di kawasan Manek Urai terdiri dari mereka yang beragama islam dan mempunyai kefahaman islam yang tinggi dan mengetahui erti perjuangan dalam konteks dan perspektif islam. Bagi mereka, perjuangan menegakkan islam adalah suatu perjuangan yang perlu di beri sokongan padu dan jika ada usaha-usaha pihak tertentu untuk menentang perjuangan PAS, ianya perlu ditolak.

Ini adalah kerana perjuangan pas "comply" dengan syariat dan perundangan islam, pemimpin yang dipilih perlu dari mereka yang memahami, menghayati dan menjadikan islam sebagai budaya hidup. Lebih penting dari itu, pemimpin yang bakal dipilih mesti mendapat restu dari Mursyidul Am PAS Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang sudah sekian lama mentadbir dan memerintah kelantan menerusi perundangan islam.

Tambah Ustaz Zul lagi tindakan menteri besar Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat mengharamkan arak,judi dan pelbagai aktiviti yang bercanggah dengan syariat islam membuktikan beliau seorang pemimpin dan pejuang islam sejati. Sebagai masyarakat desa yang tinggal di kawasan pedalaman, mereka hanya mahukan seorang pemimpin yang mudah didekati, mesra rakyat dan tidak mempunyai kepentingan peribadi sebagaimana pemimpin-pemimpin BN.

Faktor-faktor lain yang menyebabkan PAS menang katanya ialah, PAS mendominikasi 8 peti undi dan BN hanya satu peti undi, Jentera pilihanraya PAS seluruh negara turun padang, calon PAS adalah pilihan rakyat akar umbi, dan Pas sentiasa mengadakan program Sembahyang Hajat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan