Waktu itu jam menghampiri 12 malam, ada rasa sedikit rimas dan sekok pada perut, mungkin kerana terlalu kekenyangan. Malam yang sejuk menyelimuti sekujur tubuh ini yang agak gementar. Terus memecut di jalanraya menerjah malam.
Sampai di rumah, isteri membukakan pintu, anak-anak bergelimpangan di ruang tv, beginilah sejak akhir-akhir ini, mereka semua suka tidur di ruang tamu dengan tv yang tidak di matikan. Mencari beberapa ekor nyamuk yang menghinggap tubuh mereka. Isteri mengosok-gosok perutnya untuk menghilangkan rasa kekejangan kerana kandungan semakin sarat.
Dalam masa mata yang amat mengantuk lantaran kekenyangan dan rimas kerana kepanasan malam, masih sempat mengupload beberapa keping gambar ceramah di FB,
Masa telah mengubah suasana, awal pagi muncul dan jumaat mengamit. Sambil merebahkan badan keletihan terasa ada sesuatu yang tidak enak di dalam badan, terasa sekok yang amat sangat dan isi perut seolah-olah menerjah ke dada. Menahan dan membiarkan rasa kerana terlampau mengantuk dan seolah tiada gangguan terlena seketika.
Terjaga dari lena yang sekejap, ekoran rasa yang menyesakkan di dada. Bangkit ke kerusi dan rasa sedikit lega. Apa yang difikirkan ialah kemungkinan keracunan dari apa yang di makan di restoran tadi. Dua kali masuk ke bilik air dan membuang air besar yang seperti cirit birit. Aku perlu memuntahkan apa yang di makan tadi, sekali lagi ke bilik air dan mengosok gigi supaya dapat muntah dan tindakan ini berjaya mengeluarkan makanan di dalam usus ini.
Jam hampir tiga dan dengkuran isteri tercinta memecah kesunyian di peraduan indah ini. aku perlu mengejutkannya, meminta supaya mengurut dan menggosok tubuh ini dengan minyak panas, rintik peluh sejuk mula memenuhi dada dan belakang ini. Mungkinkah air kelapa yang di minum tadi penyebab keracunan di dinihari ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan