Doktor perempuan itu memasuki bilik rawatan kecemasan setelah hampir setengah jam aku terdampar di katil, Dilekatkan beberapa wayar ke tubuh dan dadaku.Sebelumnya aku telah diberi suntikan keracunan makanan beserta setudung ubat untuk angin oleh seorang pembantu perubatan.Seketikanya kertas keputusan keluar dari mesin tersebut.
Doktor menyatakan aku telah diserang jantung. Dua orang pertugas mengheret sebuah mesin dan meminta untuk mengextray aku. Aku rilex dan isteri tersenyum menahan duka dan kecewa. Pembantu memasukkan ubat di bawah lidah sambil menyuntik jarum ke tangan kananku untuk mengambil darah. Sebotol ubat dimasukkan melalui tangan, katanya proses pencairan darah ini akan memakan masa hampir satu jam.
Isteriku yang sarat mengandung mundar mandir di sisi, dan seketikanya hilang dipanggil oleh doktor di balik tirai nipis. Aku bertanyakan apakah yang diberitahu doktor, dia mengatakan serangan jantung ini agak kritikal dan akan dimasukkan ke dalam wad tetapi mujurlah kata doktor kita bersegera datang ke Hospital. Kalau lewat pastinya akan sukar untuk diselamatkan. Tetapi bukankah kita hanya merancang dan menduga serta meneka tetapi perancangan dan dugaanNYA yang menentukan. Aku pasrah kepada ILAHI tetapi tidaklah terkejut sangat kerana peristiwa di rumah tadi tidaklah sakit serta teruk sangat dan nampak macam tidak membahayakan. Kalau begitu mujurlah semasa di rumah tadi, hati kecilku ingin bersegera ke hospital.
Suasana di wad kecemasan mulai agak gamat, Begitulah Hospital Kuala Krai, sebuah rumah sakit yang terbesar di Selatan Kelantan, menjadi rujukan kepada beberapa daerah seperti Machang,Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Petugas-pertugas mulai nampak sibuk dengan rutin masing-masing.
Sinar pagi mulai menjengah wad kecemasan itu. Aku keletihan dan terus hilang dibuai mimpi pagi. Mimpi yang pastinya bukanlah realiti.