Jumaat, 2 Mac 2012

Diserang Jantung


Sepulangnya dari ceramah Pakatan Rakyat di Tapak Pasar Borong Guchil bersama isteri dengan menaiki Unser kesayangan ini. Jam menghampiri sebelas malam dan ketika itu YB ustaz Latif belum lagi menghabiskan ceramahnya. Tanpa mendengar ucapan penceramah utama YB Syarifuddin Nasution yg akan berucap selepas ini, dipandunya menghala ke rumah di Sungai Durian. Gema ucapan Yb Latif menerkam berapi-api didengari hingga ke persimpangan kedai Peladang. Kiri kanan jalan dipenuhi kenderaan yg parkir. Agak kasihan juga kepada isteri yang sarat mengandung dan bakal melahirkan anak minggu hadapan iaitu awal Mac.

Sebetulnya belum pernah membawa isteri ke tempat ceramah atau program parti tambahan pula ketika ini ia sedang sarat mengandung. Biarlah anak dalam kandungannya akan turut mendengar sama tentang perjuangan yang maha suci ini dan mengetahui bahawa bapanya juga merupakan seorang pejuang walaupun hanya sebagai pejuang kecil. Bapanya yg sentiasa mengorbankan masa,tenaga dan wang ringgit serta mangsa diskriminasi Kerajaan pusat demi menegakkan kalimah ALLAH di mukabumi ini sekadar yang termampu olehnya mengikut khudrat yang diberi olehNYA.

Itu seminggu yang lalu , pada malam jumaat seminggu yang lalu, pada malam jumaat yang penuh keberkatan, pada malam jumaat sesiapa yang meninggal dunia akan mendapat kesenangan di alam kubur.Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi. Al-Albani mengatakan hadis ini hasan dalam Ahkam Janaiz).

Hari ini sudah berada di rumah setelah seminggu berada di bilik CCU Hospital Besar Kuala Krai akibat serangan jantung yang amat hebat. Jam empat pagi terdampar di bilik kecemasan bertarung memohon nafas dari Yang Maha Kuasa. Aku memanjat kesyukuran pada Mu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan