Jumaat, 31 Julai 2009

MENINGGALNYA SEORANG PEJUANG

ADUN PAS meninggal dunia

ADUN Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang saya perolihi dari talifon dan sms seorang kenalan sebentar tadi.

Menurut sumber itu beliau telah mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Malumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.

Semuga rohnya ditempatkan ditempat yang terpuji...Al Fatihah..

Bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, juga merupakan Calon Barisan Alternatif yang mewakili PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS), bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 PERMATANG PASIR di Kawasan PERMATANG PAUH. Berkhidmat sebagai ADUN N.11 Permatang Pasir selama 2 penggal (1999-2004 dan Penggal 2004-2008). Berumur 59 Tahun, beristeri dan mempunyai 6 orang cahaya mata.

Pendidikan/Latihan.

* Mendapat Pendidikan awal di Sek. Wan Mohamad Saman, Sg Korok, Alor Setar, Kedah.
* Dipilih memasuki Special Malay Class Di bawah Jabatan Pelajaran negeri selama 3 Tahun.
* Lulusan Senior Cambridge Pada Tahun 1965.
* Mendapat pendidikan Agama Islam di bawah Majlis Agama Islam, Kedah sehingga tamat Tahun IV pada tahun 1968.
* Mengikuti Program Intensif Pentadbiran Awam di Institut Tadbiran Awam (INTAN) Pada Tahun 1975.
* Mengikuti Kursus Pentabiran Umum di Kolej Pentadbiran & Latihan Kastam & Eksais Di Raja Malaysia di Melaka Pada tahun 1977.

Pengalaman Berkerja :

* Pernah berkhimat sebagai Guru Bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah dari tahun 1965 - 1966.
* Berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir dalam Kerajaan Negeri Kedah mulai tahun 1966 sehingga 1977.
* Berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir di Jabatan Kastam & Eksais Di Raja Malaysia dari tahun 1977 sehingga 1983.

Jawatan Dalam NGO :

* Pernah menjadi AJK Majlis Belia Malaysia peringkat negeri (MBN) dalam tahun 1973.
* Pernah menjadi Pengerusi ABIM Bahagian Alor Setar bandar serta Setiausaha ABIM Negeri Kedah dari tahun 1973 hingga 1976.
* Pernah menjadi AJK PEMADAM Negeri Pulau Pinang, mewakili PAS negeri dari tahun 1989 - 1999.
* Menjadi AJK PEMADAM Daerah Seberang Perai Tengah mulai 2008.

Penglibatan Dalam Politik:

* Pengarah Bilik Gerakan PAS Negeri dari Tahun 1983 - 1986.
* Bendahari badan perhubungan PAS negeri Pulau Pinang 1985 - 1989.
* Ketua Lujnah Penerangan PAS Kawasan Tasek Gelugor dari Tahun 1984 - 1986.
* AJK Lujnah Ekonomi Dewan pemuda PAS Pusat 1985 - 1986.
* Yang DiPertua PAS Kawasan Kepala Batas 1989 - 1997.
* Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang 1990 - 1998.
* Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang 1989 - 2003.
* Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang 2007 - 2008.
* Ahli Dewan negeri Pulau Pinang. 1999 - 2004 (Penggal Ke-10).
* Terpilih semula sebagai Ahli Dewan negeri Pulau Pinang dari 2004 - 2008 (Penggal ke - 11).
* Terpilih semual sebagai Ahli Dewan Negeri Pulau Pinang. 2008 - (Penggal Ke-12
)

Khamis, 16 Julai 2009

ADAKAH KEPUTUSAN KEMENANGAN ABE UJI BETUL


Dakyah ke ? Laporan terkini menyatakan berlaku kesilapan catatan angka oleh Pegawai SPR untuk peti undi UPU Manek Urai. Laporan menyatakan terdapat kesilapan besar dalam catatan itu melibatkan angka ratus. Kesilapan itu jika dikira, sebenarnya akan memberi kemenangan kepada UMNO.

Rabu, 15 Julai 2009

GAMBAR-GAMBAR KEKECOHAN DI SUNGAI PERIAL

Kekecohan pada pukul 11.35 pagi itu dimulakan oleh penyokong-penyokong UMNO yang melempar botol air ke arah penyokong PAS yang berada bertentangan di seberang jalan.





Ahad, 12 Julai 2009

Kejohanan Sepaktakraw Pemuda Sg Peria

Sempena PRK N41 Manek Urai, telah diadakan kejohanan sepaktakraw Pemuda Sungai Peria. Sebanyak 14 pasukan telah mengambil bahagian yang terdiri daripada pemuda-pemuda Kampung Sg Peria. Turut serta mengambil bahagian ialah Penasihat Operasi PRK Dun Manek Urai Dato Wan Rahim W Abdullah. Pasukan Dato turut disertai oleh Saimi Peria sebagai killer dan Nasa Paloh Rawa sebagai filder. Dato W Rahim bertindak sebagai tekong. Kejohanan ini diadakan juga sempena pembukaan rasmi gelanggang Sepaktakraw yang baru di
Blok Pangkal Kalong dan hasil sumbangan Saimi Peria. Bersalam-salaman sebelum memulakan perlawanan.
Dato W Rahim menunjukkan kehebatan bermain sepaktakraw.



Turut hadir Ghazali Abdullah dan Dato Fakhrul Radzi Exco Kerajaan Kedah.
Dato Fakhrul Radzi exco kerajaan Kedah menyampai sedikit ucapan semangat kepada pemuda-pemuda Sg Peria.

C4 Ke?

Manek Urai: Beg-Beg Misteri Di Kuala Krai..!

Gambar ini dikatakan telah diambil di hadapan bangunan UMNO Kuala Krai pada jam 7.30 pagi, hari ini 6 Julai, 2009, sejurus selepasTimbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyidin Yassin serta para menteri kabinetnya tiba.

Sekiranya beg-beg tersebut adalah beg pakaian, mengapa ia agak berat, jika dilihat dari cara orang yang mengangkatnya.

Dan jika diperhatikan betul-betul, dalam bonet Proton Perdana tersebut juga mengandungi beg-beg yang hampir serupa dan sama saiznya!

Sumber - BULETINonline

Khamis, 9 Julai 2009

Manek Urai : Lagi fakta kelantan kaya...bumi bertuah berkat Tok Guru memimpin



Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000, 000,000).

Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya).

Ianya terletak di Blok-Blok berikut,

* Blok A18
* Blok B17 & C19
* PM3
* Sub-Blok Ular
* PM301 & PM302
* PM303
* PM311 & 312

Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.

APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN

Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

* Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
* Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
* Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.
* Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.

Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

* Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan..
* PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.

PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

* Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
* Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
* Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
* Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

Sebab itulah BN berusaha sangat merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi BN untuk merampas Kelantan semula.

BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion).

Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.

ROYALTI GAS ASLI HAK RAKYAT KELANTAN

* PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.
* Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu.
* Terengganu menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.
* Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk projek seperti Monsoon Cup dan Pembinaan Taman Islam Hadhari yang tidak mendatangkan hasil terus kepada rakyat Terengganu.
* Jika BN memerintah, rakyat akan terus hidup dibelenggu kemiskinan dan ekonomi negeri akan semakin teruk seperti di Terengganu.
* Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.
* Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.

-ambuyatel-binangkit.blogspot.com

Sabtu, 4 Julai 2009

PAS PASTI MENANG - USTAZ BUDAK

Ustaz Budak Syamsul Zaman b Sukri hari ini menegaskan PAS akan menang pada PRK N41 Manek Urai kali ini. Kenyataan ini diluahkan ketika mengunjungi rumah blogger di Perumahan Sungai Durian petang ini. Rombongan beliau pada petang itu yang ditemani oleh Abang Paloh Rawa disambut oleh tuan rumah dengan penuh kegembiraan. Beliau singgah ketika dalam perjalanan untuk menghadiri jemputan Perhimpunan Ulamak Sedunia di Kuala Lumpur. Ustaz Budak yang amat dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia kerana kepetahannya ketika memberi syarahan.

Antara sebab-sebab kemenangan itu ialah rakyat Manek Urai khasnya penyokong tidak memilih calun ketika memangkah, mereka memilih dasar islam sebagai panduan kehidupan mereka.

Rakyat Kelantan khasnya penyokong PAS Manek Urai, mempunyai rasa cinta yang teramat sangat kepada kepimpinan YAB Tuan Guru selama sembilan belas tahun sejak 1990 sehingga sekarang

Kebanyakan penduduk Manek Urai asalnya dari hilir dan datang ke hulu sebagai peneroka. Mereka ini adalah kebanyakkannya adalah waris kepada mana-mana exco dalam kerajaan negeri Kelantan khasnya YB Dato Nik Amar Abdullah.

Ustaz Budak juga menyatakan bahawa beliau sudah lama mengajar di sekitar kawasan Manek Urai dan mempunyai kenalan dan anak murid serta waris yang ramai dan pastinya mereka akan mengundi bulan.

Pada kesimpulannya beliau berkata, Pas akan menang dengan sekurang-kurangnya 1000 majoriti.

PRK N41 MANEK URAI PAS PASTI MENANG -USTAZ ZULKIFLI YAAKOB


Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, yang akan diadakan pada 14 julai 2009 menjadi fokus utama pucuk pimpinan parti baik UMNO maupun PAS. Sudah sembilan kali pilihanraya umum diadakan di kawasan Manek Urai, daripada jumlah itu PAS mencapai 6 kemenangan manakala UMNO cuma mencapai tiga kemenangan sahaja.

Ustaz Zulkifli Yaakob mantan Ketua Pemuda PAS Kelantan ketika ditemui berkata, dengan istilah politik, tidak keterlaluan jika dikatakan kawasan Manek Urai merupakan kubu kuat PAS. Ini kerana bulan purnama memang sudah sekian lama membudaya dan mengalir dalam darah, jiwa dan raga penduduk manek urai.

PRK 14 julai ini meskipun dihimpit, ditekan dengan peibagai-bagai unsur justeru BN menggunakan segala kekuatan dan jentera untuk menawan kerusi dun Manek Urai, pengundi Manek Urai, majoritinya lebih senang dan selesa memberikan undi mereka kepada calon PAS.

Perjuangan Pas Perjuangan Islam

Beliau juga berkata rata-rata masyarakat di kawasan Manek Urai terdiri dari mereka yang beragama islam dan mempunyai kefahaman islam yang tinggi dan mengetahui erti perjuangan dalam konteks dan perspektif islam. Bagi mereka, perjuangan menegakkan islam adalah suatu perjuangan yang perlu di beri sokongan padu dan jika ada usaha-usaha pihak tertentu untuk menentang perjuangan PAS, ianya perlu ditolak.

Ini adalah kerana perjuangan pas "comply" dengan syariat dan perundangan islam, pemimpin yang dipilih perlu dari mereka yang memahami, menghayati dan menjadikan islam sebagai budaya hidup. Lebih penting dari itu, pemimpin yang bakal dipilih mesti mendapat restu dari Mursyidul Am PAS Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang sudah sekian lama mentadbir dan memerintah kelantan menerusi perundangan islam.

Tambah Ustaz Zul lagi tindakan menteri besar Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat mengharamkan arak,judi dan pelbagai aktiviti yang bercanggah dengan syariat islam membuktikan beliau seorang pemimpin dan pejuang islam sejati. Sebagai masyarakat desa yang tinggal di kawasan pedalaman, mereka hanya mahukan seorang pemimpin yang mudah didekati, mesra rakyat dan tidak mempunyai kepentingan peribadi sebagaimana pemimpin-pemimpin BN.

Faktor-faktor lain yang menyebabkan PAS menang katanya ialah, PAS mendominikasi 8 peti undi dan BN hanya satu peti undi, Jentera pilihanraya PAS seluruh negara turun padang, calon PAS adalah pilihan rakyat akar umbi, dan Pas sentiasa mengadakan program Sembahyang Hajat.