Ahad, 25 Mac 2012

Membina kembali Momentum PR Guchil

Adalah sesuatu yang amat menguntungkan jika perhimpunan BERSIH 03 dapat diadakan sekali lagi sepertimana yang diistiharkan dengan A Samad Said sebagai pengerusi, Perhimpunan itu akan dinyakini sebagai penarik kepada rakyat untuk membina kembali semangat yang agak luntur sehari dua ini terutama di Dun Guchil. Beberapa isu yang dimainkan oleh UMNGOK telah menampakkan keadaan momentum yang menurun kepada PR.

Sebagai suatu kawasan yang pola penduduknya pelbagai merangkumi pekerjaan,persekitaran,pengetahuan yang berbeza, boleh dikatakan kefahaman  bacaan politik mereka secara umum adalah sentiasa berubah-ubah. 20 peratus pengundi adalah merupakan kelas profesional kelulusan ijazah,30 peratus diploma dan sekolah menengah yang mempunyai pekerjaan tetap kerajaan atau swasta, manakala 50 peratus merupakan orang-orang kampung yang bekerja sendiri samada penoreh getah,buruh,petani dan peniaga kecil.

Jumaat, 23 Mac 2012

Teka teki Penghulu Teo Kok Eng

Pendahuluan
Perletakan jawatan Penghulu Tanpa Mukim Kaum Cina Dun Guchil Teo Kok Eng telah menjadi berita sensasi di kalangan penduduk Kuala Krai sehari dua ini. Ditambah pula dengan  UMNGOK telah memainkan isu ini di internet dan blog. Saya secara peribadi mengenali beliau sejak berkampung dengan MTD Guchil sejak 2009.

Sesuatu yang agak salah dan aneh apabila beliau mengistiharkan perletakan jawatan tersebut di dalam akhbar tempatan dan tidak merujuk kepada pimpinan PAS Kawasan atau negeri terlebih dahulu. Ini bermakna beliau mempunyai agenda peribadi yang tertentu, walaupun saya nampak tindakan beliau itu agak cetek dan gersang namun ia agak memberi impak besar pada kredebeliti pimpinan PAS Kawasan Kuala Krai.

Tindakan Penyelamat Yang Gagal.
Ketika saya sudah merangka satu tindakan penyelamat sekadar termampu oleh seorang pejuang kecil, temujanji yang sudah siap diatur dengan beliau tidak kesampaian atas ketidakhadiran beliau seperti yang dijanjikan. Ini bermakna tindakan perletakan jawatan itu adalah sesuatu yang sudah nekad dan tidak akan ditarik kembali dalam apa jua keadaan sekalipun. Kalaulah beliau hadir, mungkin beberapa perkara boleh di bincang dan sudah tentunya beliau boleh mencurahkan sebaknya  face to face dgn exco Kerajaan Kelantan yang isyarat greenlight sudah diterima.

Disebalik Perletakan Jawatan
Sebagai seorang pemimpin kepada Parti yang didokongi, sesiapapun pemimpin itu harus sedar bahawa pengorbanan adalah sesuatu yang amat dituntut. Sudah pastinya cabaran dan dugaan akan datang bertimpa-timpa, cemuhan dan kutukan adalah lumrah, lebih-lebih lagi serangan fitnah pasti datang. Pengorbanan wang ringgit , masa dan tenaga tidak terkira. Jika tidak mampu untuk menghadapi itu semua,janganlah sesekali cuba untuk terjun sebagai pimpinan perjuangan hatta sebagai Tok Penghulu sekalipun.

Ada beberapa kes secara teknikal yang sebenarnya adalah kerana kelemahan beliau sendiri. Banyak bantuan-bantuan kerajaan negeri yang disalurkan kepada rakyat tidak dapat dimanfaatkan kerana kelemahan tersebut. Dalam keadaan begitu, tok wakil lah yang menjadi kambing hitam untuk dipersalahkan.



Ada satu ketika beliau menyampaikan bantuan beras kepada golongan yang memerlukan adalah atas inisiatif beliau sendiri, antara sifat terpuji tetapi momentum ini tidak dapat dipertahankan oleh beliau kerana tiada kekuatan mental








Majlis sambutan Tahun Baru Cina di Tokong
Taman Krai memperlihatkan kecaknaannya       
kepada masyarakat Cina













Majlis terakhir yang dihadiri oleh beliau iaitu
Majlis Ceramah Pakatan Rakyat di Tapak Pasar
Borong Guchil pada Khamis 1 Mac lalu











Liabiliti
Pada dasarnya perjuangan pimpinan PR atau khususnya PAS, perlulah merenung dan menilik kembali pengerak yang perlu dipertengahkan, terutama sekali tentang akhlak dan moral. kerana terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. dalam konteks ini kita lihat ramai yang menjadi liabiliti kepada hasrat murni kepada pejuang parti. Adalah tidak susah untuk mengenalpastinya. kerana pimpinan PAS Kawasan sendiri pun mengetahui apakah ciri-ciri yang tidak perlu ada pada seseorang pimpinan itu. Kekadang liabiliti tersebut mempunyai pendokong yang ramai di belakangnya.

                           sumber : facebook Teo Kok Eng
Sebagai seorang pejuang kecil, saya tidak teragak-agak untuk mengatakan bahawa kita menghadapi saingan cukup sengit dan serangan tektikal berterusan dari UMNGOK. Jarum-jarum halus sentiasa dicucuk kepada ahli dan pengundi kita. Mereka memegang prinsip hajat di hati nak peluk gunung tetapi apakan daya terpeluk bukit. Maksudnya di sini ialah mereka memasuki kelompok masyarakat ahli dan penyokong kita dengan muka yang manis dan suara merdu. dalam kelompok tersebut mereka dapat menarik segelintir untuk bersama mereka dan ini sudah cukup untuk mengenapkan angka pengundi mereka. Contoh terbaik ialah kumpulan muslimat Sungai Durian Luar yang membuat aktiviti membaca yasin dari rumah ke rumah. Tetapi kumpulan tersebut kini sudah disertai oleh ibu-ibu UMNGOK. Berbekalkan RM500, jarum-jarum halus sudah merayap di kalangan surirumah Sungai Durian Luar.

Kumpulan Pemantau Pengundi Bukan Islam.
Berbalik kepada soal perletakan jawatan Teo Kok Eng, walaupun beliau pada anggapan Pejuang Kecil adalah long ranjer, tidak mempengaruhi pola pengundi Kuala Krai tetapi kesempatan ini akan dipergunakan sepenuhnya oleh jentera UMNGOK itu. Menyedari situasi ini, maka perlulah pimpinan membuat perlantikan serta pengantian Penghulu Kaum ini secara serta merta dan perlulah diberi tumpuan. Oleh itu satu kumpulan pemantau pengundi bukan Islam perlu ditubuhkan.

Ahad, 18 Mac 2012

Rebah jua akhirnya

Sinar mentari pagi mengintai-gintai di celahan cermin. saat itu proses memasukkan ubat pencair darah sedang berjalan melalui belakang tapak tangan yang sudah di tebuk saluran darahnya. "mama telefonlah kepada Rosli, Sakinah, ayah dan lain-lain", pintaku .Aku sedikit cemas dan gusar, andainya malaikat maut mencabut nyawaku, aku redha, kerana ketentuan ilahi sudah tiba. biarlah aku pergi sebagai seorang pejuang kecil. kerana perjuangan juga memberi impak stress yang tinggi dan memberi tekanan dalam karier. Aku rasa teramat-amat lesu dan keletihan. tetapi mood di luar sana agak segar,kedatangan pagi dengan suluhan mentari dan bayunya terasa sehingga di perbaringan ini. Ayah dan ibu mertua masuk dan mengosok-gosok sekujur tubuh ini sambil suaranya memujuk-mujuk .seketikaanya aku pun terlena.

Terjaga dari tidur, terpandang jam dinding di wad kecemasan itu pukul sembilan. nampaknya hampir dua jam aku terlena, dua orang atendan dan pembantu perubatan bergegas datang dan menyorong katilku, kita ke wad ,katanya. Terus di tolaknya untuk menaiki lif, sampai di wad aku diangkat ke katil di bilik bercermin itu. Di luar cermin beberapa orang memerhati. Air mata ini tiba-tiba mengalir, entah mengapa, sayu tiba-tiba menjengah.


Mamanya mengelap-ngelap air jernih yang bertakung di kelopak mata ini, aku pasrah, akhirnya tubuh dan jiwa yang kuat ini menjadi lemah, tertewas jua. Pertama kalinya aku merasakan. Dilayan seperti orang sakit, barangkali inilah realitinya. Aku memang sakit. Sehayatnya inilah pertama kali berada di katil wad hospital dengan seluruh tubuh di balut wayar. dan sudah beberapa tucukan jarum sudah menembusi kulit di tubuh ini. Aku memerhati di sekeliling, beberapa orang nurse tersenyum, senyuman memujuk, memujuk lelaki yang telah rebah.

Ahad, 4 Mac 2012

Wad Kecemasan

Doktor perempuan itu memasuki bilik rawatan kecemasan setelah hampir setengah jam aku terdampar di katil, Dilekatkan beberapa wayar ke tubuh dan dadaku.Sebelumnya aku telah diberi suntikan keracunan makanan beserta setudung ubat untuk angin oleh seorang pembantu perubatan.Seketikanya kertas keputusan keluar dari mesin tersebut.

Doktor  menyatakan aku telah diserang jantung. Dua orang pertugas mengheret sebuah mesin dan meminta untuk mengextray aku. Aku rilex dan isteri tersenyum menahan duka dan kecewa. Pembantu memasukkan ubat di bawah lidah sambil menyuntik jarum ke tangan kananku untuk mengambil darah. Sebotol ubat dimasukkan melalui tangan, katanya proses pencairan darah ini akan memakan masa hampir satu jam.

Isteriku yang sarat mengandung mundar mandir di sisi, dan seketikanya hilang dipanggil oleh doktor di balik tirai nipis. Aku bertanyakan apakah yang diberitahu doktor, dia mengatakan serangan jantung ini agak kritikal dan akan dimasukkan ke dalam wad tetapi mujurlah kata doktor kita bersegera datang ke Hospital. Kalau lewat pastinya akan sukar untuk diselamatkan. Tetapi bukankah kita hanya merancang dan menduga serta meneka tetapi perancangan dan dugaanNYA yang menentukan. Aku pasrah kepada ILAHI tetapi tidaklah terkejut sangat kerana peristiwa di rumah tadi tidaklah sakit serta teruk sangat dan nampak macam tidak membahayakan. Kalau begitu mujurlah semasa di rumah tadi, hati kecilku ingin bersegera ke hospital.

Suasana di wad kecemasan mulai agak gamat, Begitulah Hospital Kuala Krai, sebuah rumah sakit yang terbesar di Selatan Kelantan, menjadi rujukan kepada beberapa daerah seperti Machang,Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Petugas-pertugas mulai nampak sibuk dengan rutin masing-masing.

Sinar pagi mulai menjengah wad kecemasan itu. Aku keletihan dan terus hilang dibuai mimpi pagi. Mimpi yang pastinya bukanlah realiti.

Jumaat, 2 Mac 2012

Air Kelapa di Tengah Malam

Malam itu menghantar isteri ke rumah dan berpatah balik ke sebuah restoren di tepi jalan besar Sungai Durian. Berjanji untuk minum bersama Tok Ngulu Tok Wan Batu Balai. Lalu mengambil order nasi puteh bersama sayur air dan sebiji buah kelapa muda. sambil mata meliar seolah-olah mencari sesuatu. Mungkin Tok Wan ada halangan tertentu yang menyebabkan tak dapat datang. Selesai makan dan minum dan semestinya secara berseorangan kerana Tok Wan tak muncul-muncul. Agak mengeluh dan mendengus penyesalan kerana berseorangan hampir satu jam.

Waktu itu jam menghampiri 12 malam, ada rasa sedikit rimas dan sekok pada perut, mungkin kerana terlalu kekenyangan. Malam yang sejuk menyelimuti sekujur tubuh ini yang agak gementar. Terus memecut di jalanraya menerjah malam.

Sampai di rumah, isteri membukakan pintu, anak-anak bergelimpangan di ruang tv, beginilah sejak akhir-akhir ini, mereka semua suka tidur di ruang tamu dengan tv yang tidak di matikan. Mencari beberapa ekor nyamuk yang menghinggap tubuh mereka. Isteri mengosok-gosok perutnya untuk menghilangkan rasa kekejangan kerana kandungan semakin sarat.

Dalam masa mata yang amat mengantuk lantaran kekenyangan dan rimas kerana kepanasan malam, masih sempat mengupload beberapa keping gambar ceramah di FB,

Masa telah mengubah suasana, awal pagi muncul dan jumaat mengamit. Sambil merebahkan badan keletihan terasa ada sesuatu yang tidak enak di dalam badan, terasa sekok yang amat sangat dan isi perut seolah-olah menerjah ke dada. Menahan dan membiarkan rasa kerana terlampau mengantuk dan seolah tiada gangguan terlena seketika.

Terjaga dari lena yang sekejap, ekoran rasa yang menyesakkan di dada. Bangkit ke kerusi dan rasa sedikit lega. Apa yang difikirkan ialah kemungkinan keracunan dari apa yang di makan di restoran tadi. Dua kali masuk ke bilik air dan membuang air besar yang seperti cirit birit. Aku perlu memuntahkan apa yang di makan tadi, sekali lagi ke bilik air dan mengosok gigi supaya dapat muntah dan tindakan ini berjaya mengeluarkan makanan di dalam usus ini.

Jam hampir tiga dan dengkuran isteri tercinta memecah kesunyian di peraduan indah ini. aku perlu mengejutkannya, meminta supaya mengurut dan menggosok tubuh ini dengan minyak panas, rintik peluh sejuk mula memenuhi dada dan belakang ini. Mungkinkah air kelapa yang di minum tadi penyebab keracunan di dinihari ini...

Diserang Jantung


Sepulangnya dari ceramah Pakatan Rakyat di Tapak Pasar Borong Guchil bersama isteri dengan menaiki Unser kesayangan ini. Jam menghampiri sebelas malam dan ketika itu YB ustaz Latif belum lagi menghabiskan ceramahnya. Tanpa mendengar ucapan penceramah utama YB Syarifuddin Nasution yg akan berucap selepas ini, dipandunya menghala ke rumah di Sungai Durian. Gema ucapan Yb Latif menerkam berapi-api didengari hingga ke persimpangan kedai Peladang. Kiri kanan jalan dipenuhi kenderaan yg parkir. Agak kasihan juga kepada isteri yang sarat mengandung dan bakal melahirkan anak minggu hadapan iaitu awal Mac.

Sebetulnya belum pernah membawa isteri ke tempat ceramah atau program parti tambahan pula ketika ini ia sedang sarat mengandung. Biarlah anak dalam kandungannya akan turut mendengar sama tentang perjuangan yang maha suci ini dan mengetahui bahawa bapanya juga merupakan seorang pejuang walaupun hanya sebagai pejuang kecil. Bapanya yg sentiasa mengorbankan masa,tenaga dan wang ringgit serta mangsa diskriminasi Kerajaan pusat demi menegakkan kalimah ALLAH di mukabumi ini sekadar yang termampu olehnya mengikut khudrat yang diberi olehNYA.

Itu seminggu yang lalu , pada malam jumaat seminggu yang lalu, pada malam jumaat yang penuh keberkatan, pada malam jumaat sesiapa yang meninggal dunia akan mendapat kesenangan di alam kubur.Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi. Al-Albani mengatakan hadis ini hasan dalam Ahkam Janaiz).

Hari ini sudah berada di rumah setelah seminggu berada di bilik CCU Hospital Besar Kuala Krai akibat serangan jantung yang amat hebat. Jam empat pagi terdampar di bilik kecemasan bertarung memohon nafas dari Yang Maha Kuasa. Aku memanjat kesyukuran pada Mu.