Isnin, 4 Januari 2010

YANG LEMAH TAK SEMESTINYA TEWAS, YANG KUAT TAK SEMESTINYA MENANG

Leeds keluarkan MU dari saingan Piala FA

LONDON 3 Dis. - Manchester United dikeluarkan dari saingan Piala FA malam ini apabila tewas kepada kelab divisyen tiga, Leeds hasil jaringan Jermaine Beckford.
Beckford menjaringkan gol pada minit ke-19 di Old Trafford menjadikan kelab pertama menewaskan kelab Liga Perdana itu, selepas pada tahun 1984 Bournemouth menundukkan United di pusingan ketiga.
United belum pernah tewas sejak kelab itu di bawah Alex Ferguson pada tahun 1986. - AP

Sabtu, 2 Januari 2010

MENCARI TITIK PERSAMAAN

Sudah kedengaran desas desus di Kawasan Kuala Krai tentang beberapa masaalah dalaman yang tiada penghujungnya. Dari Dabong melalui Manek Urai singgah di Guchil dan berhenti di Mengkebang. Yb YDP Ustaz Latif mungkin pening kepala melihat gelagat dikatakan hero-hero pejuang islam ini.


Assalamualaikum Yb Ariff,
Yb Ariff, mana kerja Yb selaku ketua penerangan kawasan. Yb mestilah bertindak dan merancang untuk menyelesaikan isu-isu melalui ruang lingkup yang diamanahkan kepada Yb. Yb mesti listkan berapa puluhkah dalam setahun Yb mengadakan dan merancang penjelasan isu-isu yang timbul di dun, kawasan atau negeri seterusnya isu-isu di peringkat pusat.

Tahukah Yb rakyat terkapai-kapai pening dengan serangan bertali arus kepada tok guru, pentadbiran negeri, pemuda dan juga pimpinan kawasan Kuala Krai sendiri. berita-berita negatif bukan sahaja disebarkan melalui media celaka tetapi juga dari mulut ke mulut di kedai kopi, semuanya menghala ke arah kejatuhan kerajaan negeri. TahukahYb, blog sudah digunakan secara berleluasa. sebagai senjata menghuru harakan kestabilan parti. Mengapa perkara ini dibiarkan, tidak adakah tindakan kondusif yang boleh dirancang oleh Yb.

Akhirnya, Yb ada jentera penerangan kawasan ke?.


Saya menulis posting ini bukan untuk mengutuk, jauh sekali dari memecahbelahkan parti lantaran siapalah saya tetapi sebagai individu yang ingin melihat kejayaan perjuangan Islam yang didokong selama ini. "Mencari titik persamaan" membawa satu wacana keharmonian dan kesefahaman perjuangan yang jujur dan ikhlas.

Yb TZ

Manakala di Dun Guchil, kalau betul seperti dicanang oleh orang-orang tertentu termasuk oleh Yb Guchil sendiri kepada beberapa orang kanannya bahawa MTD Guchil sedang menekan untuk mendapatkan peruntukan dun 50-50. Apakah salahnya?, MTD menguruskan hampir 30 cawangan pas. PKR ada berapa cawangan? lima?,10?,20? atau 30?. yang paling pentingnya adakah PKR mempunyai jentera partinya. kalau setakat bini, anak, drebar dan pembawa beg, itu bukan jentera.

Pada pandangan saya sepatutnya pengagihan peruntukan adalah 70:30 antara PAS dan PKR. Reti atau tidak Yb Guchil, peruntukan peruntukan itu bukannya masuk ke dalam poket Pengerusinya atau kroninya. Ianya disalurkan kepada penghulu-penghulu mukim melalui perbincangan dan perancangan yang terancang.

Takkanlah MTD Guchil hanya diberi peranan mengatur majlis berbuka puasa, usrah MTD, sumbangan bakal haji, sumbangan hari raya, sumbangan beg sekolah. Semua ini telah dibuat dan diurus oleh MTD dan TAK ADA KENA MENGENA DENGAN PERUNTUKAN DUN GUCHIL TAHUN 2009. Padahal 90 peratus pengundi dan pekerja kearah kemenangan Yb adalah penyokong PAS.

Sampai kepada mencari Pemilih baru pun diusahakan oleh MTD, Satu kemusykilan timbul iaitu mengapa Yb mengorek tabung kifalah dan diberi kepada AJK daftar Pemilih MTD untuk jamuan pelancaran gerakgempur pilihanraya DUN baru-baru ini?. Dahla tabung kifalah ciput...tak bolehkah keluar duit sendiri, kan Yb ada gaji dan peruntukan.

Dan yang terbaru adakah Yb sudah menyelesaikan pembiayaan kepada MTD berkenaan pembayaran daftar Pemilih baru seperti yang telah dipohon?

Penghulu-penghulu mukim sentiasa menyuarakan hasrat dan masalah rakyatnya dalam mesyuarat-mesyuarat MTD. Ada rumah bocor, ada jalan rosak, ada anak yatim, ada yang perlu culbert, ada masalah parit tersumbat, Sekolah PASTI yang pengurusan dhaif perlu bantuan.

Adakah layak penghulu-penghulu PAS ini menyuarakan masalah dalam mesyuarat jentera PKR?. Ok, Apakah hak YB boleh memanggil Penghulu-penghulu PAS untuk bermesyuarat seperti yang telah dilakukan baru-baru ini di pejabat PKR kawasan. Sedarkah Yb, Yb tidak ada hak dan eksekutif untuk memanggil penghulu-penghulu PAS bermesyuarat tanpa kebenaran PAS Kawasan atau kebenaran MTD atau melalui Penggawa. Ditambah pula dalam mesyuarat tersebut mengikut sumber terdapat unsur-unsur tertentu.

Khabarnya Yb tidak hadir semasa dijemput berbincang dan bermesyuarat dengan PAS Kawasan baru-baru ini, mengapa? Why?.

Pada pandangan saya selaku pejuang kecil, Objektif pemohonan peruntukan itu mestilah difahami secara mendalam oleh Yb Dun Guchil. Janganlah ada syak wasangka yang buruk itu dalam diri Yb. Jadilah seorang yang berlapang dada dan memandang sesuatu dengan minda yang positif.

1. Kesusahan rakyat disetiap ceruk dun mestilah dibantu semampu mungkin.

PKR ada disenap ceruk Dun ke?


2. Bantuan atau projek pembangunan tidak memakan masa yang lama untuk
diselesaikan.
Permohanan zink di cawangan PAS Guchil dah diselesai ke?


3. MTD Guchil sebagai dominan dan semestinya kelihatan dominan sebagai
penyampai
bantuan dan projek pembangunan.
Pengundi tidak mempersalahkan PKR tetapi akan menuding jari kepada PAS.


4. MTD Guchil mempunyai jentera yang menyeluruh. 30 AJK MTD, 9 Penghulu
Mukim dan jentera
UPU.
PKR ada jentera UPU ke?.


5. Pemangkin kemenangan DUN dalam PRU 12 dan PRU 13.

Yb dan PKR Kawasan ada jentera pilihanraya ke?

6. MTD tiada peruntukan lain atau sumber lain selain dari YB ADUN.

7. Memperkasakan MTD sebagai tunjang memperkasakan PR .

8. Yb tetap Yb untuk PRU 13 kecuali ada perubahan oleh naga-naga PR.


Yb Abe Uji.
Untuk Yb Abe Uji selesailah masalah pembahagian lot-lot di Manek Urai dengan adil dan saksama, jangan biarkan dieksplotasi oleh sesetengah Naga-naga Dun Manek Urai yang mencari masa untuk
ngap. Menjadi Pejuang PAS bukanlah untuk memperkayakan diri tapi untuk menghambakan diri seperti abe uji sebagai contoh penghambaan diri pada perjuangan.

Bagaimanakah penyelesaian tentang masalah salah seorang Penghulu di Dun Manek Urai?. Bukankah penghulu ini sudah dan seringkali menyuarakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai penghulu atas sebab keuzuran. Menurut sumber, cawangan-cawangan di situ hanya menunggu tandatangan Yb sahaja untuk perlantikan penghulu baru.


Akhirnya saya sebagai "pejuang kecil" berharap usahakanlah supaya satu titik persamaan dapat dicari untuk kemurnian perjuangan ini.