Rabu, 17 Ogos 2011

Setelah hampir 3 tahun berlalu mayatnya masih elok


Peristiwa di Kuburan Pondok Sungai Durian ini telah dibisikkan dari satu mulut ke satu mulut, ia berlaku beberapa minggu yang lalu. peristiwanya ialah apabila ada satu kematian kepada seorang warga emas muslimah yang juga ahli jemaah masjid Pondok Sungai Durian. Allahyarhamah dalam wasiatnya ia ingin disemadikan bersebelahan dengan kubur Allahyarham suaminya yang meninggal dunia kira-kira hampir tiga tahun yang lalu.

Pengali kubur semasa membina liang kubur jenazah tersebut tercangkul pada sesuatu yang agak lembut,apabila diperiksa dan dikorek dengan tangan didapati kain kapan yang membalut dibahagian bahu mayat suami nya dalam keadaan masih elok lagi. kain kapannyanya tidak rosak dan jasadnyanya juga elok tidak reput.

Allahyarham PakWeil atau lebih dikenali PakWeil JKR merupakan pesara JKR, semasa hayatnya iaitu selepas pencen, beliau merupakan ahli jemaah tetap masjid Pondok Sungai Durian bersama isterinya. Dengan kereta Proton Saganya beliau berulang alik dari rumahnya di Guchil pada setiap waktu solat fardu. Beliau merupakan ahli jemaah yang paling awal tiba di masjid. Saya yang baru tinggal di Sungai Durian waktu itu juga agak mengenali beliau dari kejauhan, dan sempat memerhati dan perasan beliau yang tiba di masjid setiap waktu solat.

Tuan Guru Pondok Haji Abdul Rahman, Tuan Haji Ismail atau lebih mesra disapa dengan Paksu Weil ketika diaju dengan berita ini dan beliau mengesahkannya. dan katanya peristiwa itu sebagai pengajaran yang ditunjukkan oleh ALLAH SWT kepada setiap insan yang masih hidup terutamanya yang mengetahui berita ini. Oleh itu perbanyakkanlah beribadat kepada PENCIPTA dengan melakukan solat berjemaah dan mengaji AlQuran serta berjuang di jalan Islam.


Semuga Allah mencucuri rahmatnya pada arwah suami isteri dan meletakkan dia bersama para syuhada dan solihin amiin. Kita yang hidup ini masih belum tentu nasib kita , bagaimana akhir kalam kita adakah dalam husnulkhotimah, oleh itu marilah terus kita berusaha untuk memperbaiki diri dan menguatkan iman dan amal kita ikut perintah Allah swt dengan cara ditunjuki oleh nabi saw.

Isnin, 15 Ogos 2011

RAMADHAN 16 1432H








Ramadhan 1432H hari ke enam belas, bersahur jam 5.00 pagi. Pergi ke tempat kerja dgn rutin yang biasa iaitu pertamanya menghantar Dhiya Alisa 2 tahun dan Diwan Muhammad 4 tahun ke rumah tokmanya. Seterusnya singgah di SMU Maahad Rahmaniah menurunkan Dhiya Fariha 13 tahun.

Sampai di sekolah agak lewat dua tiga minit dengan punchcard merah. Kelihatan Guru besar sedang merotan beberapa orang murid yang terlibat dengan main tikam di sekolah semalam.

Hari ini Uataz Mahadi mempelawa untuk berbuka bersamanya di restoran berhampiran rumahnya di bandar Pasir Putih. Ya, akan bertolak ke sana bersama beberapa orang member jam enam petang.

Petang ini ada satu kemalangan berlaku di hadapan Kuaters Polis Sungai Durian.Khabarnya tidak melibatkan apa-apa kecederaan yang parah.