Ahad, 28 Jun 2009

CALON BN PRK MANEK URAI



Pengurus Kesedar Gua Musang Tuan Aziz Tuan Mat telah dipilih sebagai calon umNo untuk PRK N41 Dun Manek Urai jam 5.30 petang tadi. Bertempat di Kg Sok Luar, Manek Urai ,Tuan Aziz 39 tahun adalah kroni Dato'Wan Zaid Wan Abdulah bekas ketua bahagian Kuala Krai.
Pendokong PAS Manek Urai menyambut pemilihan beliau dengan penuh kegembiraan kerana ia bakal menjadi lauk kepada petugas PAS.

Sabtu, 27 Jun 2009

Fauzi Abdullah Calun PAS PRK N41 Manek Urai











PAS meletakkan seorang peniaga berjaya sebagai calon yang akan mempertahankan kemenangan Dun Manek Urai. Mohd Fauzi Abdullah, 50 sudah lama menetap di Kuala Krai, iaitu semenjak berhijrah bersama-sama keluarganya semasa masih kecil.





Anak keenam daripada lapan beradik ini telah mendirikan rumah tangga dengan Aminah bt Mahmood dan dikurnia 5 orang anak. Anak sulung beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti manakala yang lain-lain masih di bangku sekolah.


Aktif terlibat dengan PAS semenjak masih muda dan kini merupakan Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai. Pengalamannya yang luas di dalam parti menyebabkan beliau turut dilantik sebagai Pengarah MTD Guchil dan pernah menjadi Penyelia Dun Guchil.

Khamis, 25 Jun 2009

Calon PAS N41 Dun Manek Urai

Ada penyokong PAS cuba menjadi hero untuk menentukan calon PAS N41 Dun Manek Urai. Ada ahli PAS juga cuba-cuba berperanan seperti ini. Bersuaralah anda sepuas-puasnya, kerana dalam islam anda dibenarkan bersuara.

Tetapi bagi ahli PAS yang mendapat tarbiah dan pertunjuk berpuluh-puluh tahun lamanya, Mereka akhirnya pasti akan bekerja habis-habisan untuk kemenangan memperjuangkan islam. Anda boleh mempertikaikantetapi pimpinan, istiqorah dan doa akan menentukan.

Malam jumaat ini akan menentukan di manakah letaknya anda.

Moga-moga takbir yang akan bergema di malam itu akan menjauhkan syaitan dan iblis dari tubuh anda. Insyaallah.

AJK PAS KAWASAN KUALA KRAI MESYUARAT SEMULA

PAS Kuala Krai mesyuarat semula pilih calon
Muda Mohd Noor | Jun 24, 09 5:43pm
Dua hari lalu, mesyuarat ahli jawatankuasa
PAS kawasan Kuala Krai bersetuju memilih
bendahari kawasan itu, Fauzi Abdullah untuk dicadangkan kepada pucuk pimpinan
untuk
bertanding dalam pilihanraya kecil DUN
Manek Urai bulan depan.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu,
ada di kalangan ahli jawatan terbabit
'menukar fikiran' dan mahu calon lain
dipertimbangkan untuk bertanding di situ.

Berikutan itu, PAS kawasan Kuala Krai
terpaksa mengadakan mesyuarat sekali lagi -
dijangka esok, sehari sebelum pengumuman
Jumaat ini - untuk memilih semula calon untuk dicadangkan kepada PAS pusat.

Menurut seorang ahli jawatan PAS
kawasan itu, Zulkifli Yaacob, dalam
mesyuarat dua hari lalu, dua nama - Fauzi
dan beliau sendiri - telah dicadangkan untuk
menjadi calon PAS di Manek Urai.

Bagaimanapun, katanya, beliau menarik
dan diri dan mesyuarat memutuskan untuk mencadangkan nama Fauzi untuk
pertimbangan PAS pusat.

Namun begitu, kaktanya, tidak lama selepas
keputusan itu dibuat, ada beberapa
ahli jawatankuasa yang kurang setuju dengan
pemilihan Fauzi dan mahu beberapa nama
lain diteliti untuk dipertimbangkan.

"Yang dipertua PAS kawasan, Abdul Latif
Abdul Rahman menelefon saya meminta
pendapat mengenai calon yang sesuai untuk
DUN Manek Urai.

Tambah dua nama lagi


"Saya mencadangkan nama Mohd Zamzuri
Mat Lazim - bekas calon PAS yang kalah
DUN Manek Urai dalam pilihanraya umum
tahun 2004," katanya.

Zulkifli berkata, Abdul Latif juga bertanya
kepadanya sama ada akan timbul masalah
jika Zamzuri dipilih menjadi calon PAS
Manek Urai.

"Saya kata, kita akan selesaikan masalah
itu secepat mungkin," katanya tetapi enggan menyatakan apakah masalah tersebut.

Selain Zamzuri, katanya, nama setiausaha
PAS kawasan Kuala Krai, Mohamad Harun,
turut dimasukkan dalam senarai baru itu
yang akan dibincangkan dalam mesyuarat
berkenaan, yang dijangka diadakan esok.

Menurutnya, PAS akan mengumumkan nama
calonnya bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai,
dalam satu majlis pada Jumaat malam ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz
Nik Mat yang juga menteri besar Kelantan,
dijangka hadir.

Rabu, 24 Jun 2009

Adakah Ini Bakal Calun PAS N41 Dun Manek Urai?

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pusat PAS yang mengadakan mesyuarat khas malam tadi telah memutuskan calonnya yang bakal bertanding pilihan raya kecil kerusi Manek Urai bulan depan.

Calon berkenaan, penduduk tempatan dari bahagian Kuala Krai, akan diumumkan Jumaat ini.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, PAS Kelantan telah menyerahkan tiga nama manakala Dewan Muslimat pula telah mengesyorkan satu nama kalangan wanita.

"Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) telah memaklumkan nama calon-calon berkenaan malam tadi dan disahkan untuk dipilih sebagai calon PAS bertanding di Manek Urai," kata beliau ketika dihubungi.

Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan enggan menyatakan nama-nama yang diketengahkan malam tadi.

Difahamkan usahawan perikanan Fauzi Abdullah yang juga pemimpin PAS Kuala Krai bakal mewakili parti itu kali ini.

Pilihan raya kecil diadakan disebabkan kekosongan ekoran kematian penyandang kerusi itu dari PAS.

Penamaan calon akan diadakan 6 Julai dan jika ada pertandingan, pengundian dijadual 14 Julai. - sumber mStar

Jumaat, 19 Jun 2009

Lambang Perpaduan PAS DUN Manek Urai




Perpaduan ahli dan penyokong PAS dalam menentang perpaduan dengan UMNO

Khamis, 18 Jun 2009

Bulan Sedang mengambang di UPU Peria





Bulan Purnama mula mencerahi bumi DUN Manek Urai secara besar-besaran. Sempena PRK N41 Manek Urai ini nampaknya Parti Pas sedang mendahului um NO dalam gerakkerja kempen. Ini mengambarkan perpaduan yang sangat erat di kalangan ahli Pas di kawasan kubu terkuat Pas Malaysia itu. Ahli PAS Manek Urai bersepakat tentang kerajaan perpaduan. Bagi mereka tiada perpaduan dengan um NO. um NO adalah parti yang sejahat-jahatnya. Pembuli rakyat nombor wahid. Rakyat Manek Urai sedar um NO sedang dalam keadaan nazak dan kelemasan. Jangan cuba nak hulur-hulurkan ranting kayu. Biarlah namanya akan menjadi kenangan dalam lipatan sejarah. PRK Manek Urai menjadi kuburnya.

Poster Dato Tuan Guru Nik Ab Aziz mengalu-alukan kedatangan pertugas terpampang di pintu masuk DUN Manek Urai iaitu di cawangan Lepan Kabu Pahi. Cawangan ini mempunyai 392 pengundi dan cawangannya diketuai oleh En Abidin. Pengundi dan penempatan pengundi yang berterabur. MTD Guchil di bawah kendalian Penghulu Mukim Pahi iaitu En Ahmad Ariffin ditugaskan sepenuh masa membantu cawangan ini. Melalui pemerhatian yang telah dibuat, Adalah amat berpuashati dengan gerakkerja yang dilaksanakan oleh mereka.

Manakala di Peria, Pusat tumpuan Jentera um NO melalui Kesedarnya dikatakan cuba untuk memancing pemuda-pemuda di situ dengan aktiviti sukan dan ceramah kelompok. Beberapa nama pemuda telah dikenalpasti oleh jentera pemerhati untuk serangan balas yang jitu.

Bulan yang mengambang besar,terbesar setakat ini di Dun Manek Urai yang dinaikkan petang ini di hadapan rumah Saimi Peria melambangkan perpaduan yang utuh di kalangan penyokong dan pengundi PAS cawangan Peria. Gerak saraf yang terhebat ini telah mematikan seketika langkah gerakkerja um NO.

Manakala di Sungai Sok, Chuchuh Puteri dan Lata Rek, Jentera parti sedang mendahului
um NO seratus peratus. Isu Madrasah Chatel melingkup mereka sendiri.

um NO yang mensasarkan 6000 pengundi .Mereka sedang bergerak secara senyap. Dengan menggunakan sepenuhnya kumpulan 10 dan sistem petak-petak mereka dan bantuan material yang berlambak-lambak. Tektik PRU 2004 ini dijangka kononnya bakal memberi kemenangan. Tanpa mereka menyedari yang akhirnya duit habis, malu boleh dijangka berlaku ke atas mereka. kesian.....

Selasa, 16 Jun 2009

Siapakah calun-calun um NO Manek Urai

Pas dan um NO belum lagi membuat pengistiharan calun. Masing-masing mempunyai tektik tersendiri. Um NO terpaksa menyembunyikan calun pilihan mereka, mereka bukan takut pada parti PAS dalam hal calun ini, kerana bagi penyokong PAS siapapun calun um NO adalah orang yang terbabit dengan salahlaku yang serius disamping tidak mendokong perjuangan islam. Tetapi buat masa ini
um NO terpaksa menyembunyikan calun mereka atas beberapa sebab.

Cah keting adalah sesuatu yang biasa dalam um NO. Jika naik seseorang calun, maka sudah tentu kem yang lain-lain akan mengamuk dan beronar. Mereka bukan saja tidak bekerja untuk parti tetapi akan sedaya upaya mempengaruhi penyokong mereka supaya mengundi calun lawan.

Calun um NO jika diistiharkan awal,maka akan berduyun-duyunlah ahli-ahli parti datang minta upah untuk kerja. Kerja tampal bendera, belanja makan laksa, membaiki madrasah(walaupun orang lain yang mengistiharkan), bantuan kepada yang sakit dan sebagainya. sebab itulah ahli-ahli um NO tempatan mendesak supaya nama calun segera diistiharkan oleh pucuk pimpinan parti.

Keadaan ini terjadi kerana ada antara beberapa tokoh tempatan dalam keadaan teragak-agak untuk mengeluarkan belanja kepada jentera parti. Andainya aku mengeluarkan belanja tetapi calun yang lain naik. Maka jadi bodohlah aku.

Mohd Zulkifli Omar bekas Adun um NO seperti yang dilapurkan berkata tidak ada calun yang layak bertanding di Manek Urai. Seseorang calun itu katanya mestilah yang tinggal di Dun Manek Urai. Pn Rohani Majid ketua Wanita um NO Kuala Krai walaupun tinggal di Manek Urai tetapi sudah lanjut usianya. Nama-nama lain yang disebut-sebut adalah orang luar Manek Urai.

Mengikut ramalan dan kajian serta sumber yang didapati oleh penulis, Nama Tuan Aziz Tuan Mat merupakan calun yang bakal dipertaruhkan oleh um NO. Walaupun berasal dari Guchil dan tidak mesra rakyat tetapi beberapa kreteria nampaknya adalah memihak kepada beliau.

Tuan Aziz adalah Ketua Pemuda um NO Kuala Krai dan merupakan Pegawai Kesedar di Pejabat Kesedar Gua Musang yang bergaji besar . Walaupun dikatakan tidak bersefahaman dengan Dato Ramzi tetapi mempunyai hubungan yang baik dengan Dato Fahmi iaitu setiausaha politik PM Najib.

Menurut sumber jika Tuan Aziz dipilih, semua jentera KESEDAR dan peruntukkannya akan digerakkan sepenuhnya dan perkara ini akan berlawanan jika Jalal, Zulkifli atau Rohani yang dipilih. (Kesian mereka ini yang bekerja bermati-matian di kampung untuk menghalang um NO dari mati)

Menurut sumber itu lagi. Tuan Aziz akan mendapat sokongan dan kerjasama sepenuhnya dari penyokong-penyokong Dato Wan Zaid iaitu bekas Ketua bahagian Kuala Krai yang diketepikan oleh Dato Ramzi baru-baru ini.

Bagaimana pula dengan calun lain jika Tuan Aziz dipilih? Zulkifli Omar yang menyiapkan rumahnya di Cabang Tiga Sungai Sok semata-mata untuk berkhidmat kepada penduduk Manek Urai dan menjadi pemimpin de facto di situ pastinya akan kecewa. Sudah tentulah beliau dan Jalal serta Rohani kiranya akan disogok habuan yang berbaloi untuk menutup mulut. Apa lagi yang Zulkifli mahu?.

Masalah yang terbesar ialah Ketua bahagian sekarang iaitu Dato Ramzi. Kroni Pak Lah ini pasti berada dalam kelemasan. Masa depannya pasti hanyut jika ditakdirkan Tuan Aziz menang. Tuan Aziz akan mengambil peluang mengembangkan sayapnya dengan bantuan Dato Wan Zaid dan Dato Fahmi. Adakah misi membalas dendam pun bermula?.Di manakah Dato Ramzi akan berkelana? menurut jejak langkah Dato Zaid?.ha..ha..ha..

Ahad, 14 Jun 2009

PEMIMPIN UMNO LA,,,,

MRR2: Senator antara tiga disiasat SPRM

KUALA LUMPUR: Seorang senator antara tiga ahli politik Umno yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan kes rasuah berhubung pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Ketiga-tiga mereka memegang jawatan penting dalam parti di peringkat negeri disoal-siasat pasukan petugas khas SPRM.

Dua daripada mereka dikatakan sebagai pemimpin bahagian manakala seorang lagi menjawat jawatan bendahari bahagian.

Mereka ialah antara beberapa individu yang disiasat berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan pengambilalihan projek berkenaan oleh satu syarikat daripada syarikat lain.

Sumber mengatakan penyiasatan terhadap tiga ahli politik berkenaan adalah berkaitan penerimaan wang lebih daripada RM3 juta daripada syarikat yang mengambil alih projek yang hampir siap.

Keputusan sama ada untuk mendakwa mereka atau sebaliknya akan dibuat dalam masa 48 jam.

Jelas sumber berkenaan, kertas siasatan telah diserahkan kepada Pengarah SPRM untuk menentukan keputusannya.

MRR2 merupakan projek Kerajaan Persekutuan bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.-sumber MSTAR

Otak tak betul

Semasa ceramah di Peria , bertempat di medan perhimpunan murid sekolah Kebangsaan Peria yang dihadiri oleh 500000 rakyat semalam( lima ratus rakyat ulang lima ratus rakyat). TAK PA mengatakan bahawa semua kemudahan yang digunakan oleh rakyat Manek Urai dibina oleh kerajaan um NO.

ya la tu..

Semua kemudahan tersebut seperti jalanraya, klinik, sekolah, jejantas, airport dan lain-lain serba maknika itu adalah digunakan oleh rakyat Kelantan dan rakyat PAS khususnya.

Stadium Mizan Sapo Yang Buat? MRR2 sapo yang buat?

betul la tu..

Kabar ke dok mu TAK PA, mu dok kutip cukai rakyat Kelate tu wak gapo. Tu pon hok ciccir-ciccir jah jatuh ke rakyat kelate. hok banyoknya mu wat masuk dalam poket mu dan kroni-kroni mu dalam um NO tuh.

Baso otak tak beto.

Adakah Kerajaan PAS perlu membuat satu pengumuman atau sidang dun UNTUK PENGISTIHARAN BAHAWA SEGALA CUKAI-CUKAI RAKYAT KELANTAN TERMASUKLAH BAYARAN ROAD TAX KENDERAAN, BAYARAN LESEN, DUTI KASTAM DAN SEGALA CUKAI-CUKAI ITU AKAN DIKUTIP OLEH KERAJAAN NEGERI KELANTAN SENDIRI UNTUK PEMBANGUNAN RAKYAT NEGERI KELANTAN.

Kalau itulah yang dikehendaki oleh TAK PA semalam.


Melihat kepada beratus-ratus buah kereta mewah yang diletakkan di kiri-kanan bahu jalan Kampung Peria semalam, kita menjangkakan akan melimpah luahlah Padang bola Sekolah Kebangsaan Peria dengan kehadiran orangramai untuk mendengar pemimpin-pemimpin mereka berucap. Tapi......

lebih ramai dalam mesyuarat Agong PIBG.

Anda mungkin tidak percaya jika dikatakan Majlis Pelancaran Gerak kerja UMNO PRK N41 DUN Manek Urai semalam hanya dihadiri oleh lebih kurang 500 orang sahaja. Antara yang hadir selain Dato Mustapha Mohamad ialah Dato Shafei Afdal, Dato Adik dan Dato Ramzi. Jadi, kereta mewah yang tersususun di kiri-kanan beratus-ratus buah tu hak sapo. Ooo..Pegawai-pegawai KESEDAR, Ketua-ketua Jabatan dan koporat-koporat luar.

kalu gitu tak apalah TAK PA.

Sabtu, 13 Jun 2009

Akar Umbi desak Percepatkan Pengumuman Calun UMNO


Kak Ni Ketua wanita Umno yang dikenali ramai oleh masyarakat Dun Manek Urai

Barisan Nasional (BN) diminta mempercepatkan pengumuman calonnya bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai bagi memudahkan persiapan untuk menghadapinya.

Ketika membuat gesaan itu, Ketua Wanita Umno bahagian Manek Urai, Rohani Abdul Majid berkata, walaupun banyak mesyuarat diadakan, tetapi isu siapa calon BN belum disentuh.

"Lagi cepat lagi bagus, supaya orang Manek Urai tidak membuat teka teki mengenai calon BN," kata ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Paling lambat kena buat seminggu sebelum hari penamaan calon.

"Kerana belum ada calon, masing-masing sekadar mahu menunggu siapakah yang diumumkan menjadi calon BN," katanya lagi.

Rohani berkata, sehingga hari ini, Umno bahagian Kuala Krai belum membincangkan mengenai calon yang akan bertanding di Manek Urai.

Beberapa nama pemimpin tempatan telah disebut-sebut mungkin dipilih menjadi calon BN di Manek Urai. -ihsan malaysiakini

Gambar-gambar Majlis Perasmian Markas Induk PRK N41 Manek Urai




Tanpa Publisiti yang meluas, dianggarkan lebih 10 ribu rakyatManek Urai hadir.




Tuan Guru Nik Ab Aziz menyampaikan ucapan dan merasmikan Markas N41 Manek Urai















Datuk Amar Timbalan Persuruhjaya sebagai penceramah utama








Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Kelantan Tn Hj Fatah Harun juga menyampaikan ucapan













Ustaz Baihaki Selaku Pengerusi Majlis






YDP Kuala Krai Ustaz Haji Ab Latif bersama Dr Hatta Ramli di Majlis semalam. Beliau juga telah menyampaikan ucapan alu-aluan

Jumaat, 12 Jun 2009

Pembukaan Rumah MTD Guchil di Cawangan Lepan Kabu UPU Peria N41 Manek Urai



Petugas Rumah MTD Guchil di Cawangan Lepan Kabu

Malam ini telah diadakan majlis sembahyang hajat memohon keberkatan sempena pembukaan Rumah MTD Guchil di cawangan Lepan Kabu iaitu salah satu daripada 5 cawangan dalam UPU Sungai Peria yang mempunyai 2290 pengundi. Majlis dimulakan dengan sembahyang isya dan sembahyang hajat yang diimami oleh Ustaz Zaki b Idris. Majlis tahlil juga telah diadakan.Turut hadir Ketua UPU Peria Ustaz Awang Senik Awang Hamat dan rombongannya dari Markas UPU Sungai Peria.

Jika anda menuju ke DUN Manek Urai dari Kuala Krai, cawangan inilah yang akan ditempuhi dahulu. Umpama kepala kepada cawangan dan UPU lain, cawangan ini akan bekerja keras menarik pengundi untuk menyokong PAS pada PRK ini. Dengan pengundi yang berjumlah 392 orang dan kedudukan penempatan yang berterabur, maka kerja keras adalah sesuatu yang pasti bagi petugas di cawangan ini.

Menurut strategis Dun Manek Urai, cawangan ini mempunyai berbagai-bagai penyakit yang perlu diubati oleh petugas-petugas parti. Petugas PAS perlulah bersedia dengan berbagai strategi untuk menawan pengundi. Berbagai cabaran seperti yang telah beliau perkatakan kepada petugas perlulah di ambil berat dan bukan sekadar on paper sahaja Menurut Ketua Rumah MTD Guchil, En Ahmad b Ariffin yang juga penghulu Mukim Pahi banyak aktiviti yang telah dikenalpasti untuk disusun sebagai gerak kerja dengan bantuan Ajk cawangan Lepan Kabu. Kelancaran gerakkerja MTD bergantung kepada kerjasama yang akan diberikan oleh petugas kepada beliau. Beliau akan menetap di cawangan ini sehingga hari mengundi bersama ajk Pas cawangan Pahi dan cawangan Kuala Pahi. Sementara itu, setiap penghulu dalam MTD Guchil akan bertugas bersama empat peserta ladang rakyat selama sekali dalam seminggu sehingga hari mengundi.

Sementara itu Penolong Setiausaha MTD Guchil En Kamaruddin Seman yang sempat ditemui menyatakan mesyuarat dengan cawangan akan diadakan secepat mungkin bagi menyelaraskan kerja bagi melicinkan segala aktiviti pemuda,muslimat,ulamak dan pertugas MTD.

Pengerusi MTD Guchil En Mohd Fauzi Abdullah berkata berbagai aktiviti akan dijalankan bagi menarik pengundi di cawangan Lepan Kabu yang seramai 392 orang itu. Beliau menyedari bahawa cawangan ini adalah cawangan yang paling rumit kalau hendak dibandingkan dengan cawangan-cawangan lain di UPU Peria iatu dari segi lokalitinya. Hasratnya pengundi PAS akan bertambah dari cawangan ini bagi menyumbang kemenangan PAS di N41 Manek Urai.

Khamis, 11 Jun 2009

PAS bergema di Chuchuh Puteri.



PAS Bergema di Chuchuh Puteri
Rakyat bertakbir beramai-ramai
UMNO bergerak macam ubi
Ada harapan hilang dikekah babi

Sukan PASTI negeri Kelantan

`
Semua di jemput hadir

Selatan Thailand bergolak lagi

Peristiwa Takbai, ratusan umat muslim yang sedang berpuasa di bantai oleh tentara Thai

Apa yang di buat oleh Indonesia , Malaysia dan OIC, demikian keluhan mereka rakyat Patani yang terjajah, mereka mengharapkan sekali peranan dari Indonesia sebagai negara muslim, begitu pun Malaysia negara yang bersempadan langsung dengan Thailand Selatan, hal pembantaian di masjid bukan lah ini yang pertama kali, tahun 2004 puluhan orang terkorban di masjid kresik Patani, belum lagi hilang dalam ingatan pembunuhan di Takbai disaat umat Muslim sedang berpuasa.

Dibawah ini kami kutip langsung dari http://patanikini.com

Ketika Abhisit vejjajiva melawat Putra Jaya dan cuba meyakinkan Malaysia bahawa kerajaan Thailand telah mengubah sikap dan cuba berbaik-baik dengan anak jajahnya Patani Darussalam. Di samping itu pihak tenteranya telah menjalankan kerja ganas yang menjadi kebiasaan harian mereka.

Masjid Al furqon, di Masjid ini lah pembantaian itu berlangsung

Masjid Al furqon, di Masjid ini lah pembantaian itu berlangsung

10 orang penduduk kampung air tempayan,bechah airong (choairong) telah dibunuh dan lebih sepuluh lagi cedera parah ketika mengadakan solat jemaah isya didalam masjid dua hari yang lalu !!!!! baca juga ini

Walaupun mereka cuba mereka-reka cerita mengakata kan para pejuang yang menembak orang sendiri tapi masyarakat tempatan dan seluruh umat islam Patani dengan jelas mengetahui bahawa tentera penjajah Thai lah yang melaku kan pembunuhan beramai-ramai itu.

Kekejaman saperti ini adalah routin harian mereka apabila mereka kecewa tak dapat membalas tindakan pejuang-pejuang keatas tentera mereka.

patani2

Kejadian ini adalah menjadi satu lagi bukti bahawa penyelesaian dan kedamaian yang dilaung-laung kan oleh penjajah Thai adalah satu sandiwara lapok yang sentiasa dimainkan untuk mengeliru dan membohongi pentadbiran Malaysia, Indonesia dan OIC. Dan penerima-penerima ini sentiasa mempercayai drama Thailand itu.

Persidangan OIC baru sahaja selesai di Damascus, Syria dengan memberi seribu harapan kapada sebahagian pemimpin pejuang Patani bahawa satu hari nanti (apabila diberi taraf pemerhati oleh OIC) badan Dunia ini akan menyelesaikan masaalah mereka. Pihak berkuasa Malaysia pun sebelum ini sering (dengan kerjasama setengah-setengah pemimpin pertubuhan pembebasan Patani) memujuk dan mendesak pejuang-pejuang supaya menghentikan kebangkitan dan perjuangan bersenjata dan memulakan rundingan damai. Setakat ini hanya disambut positif oleh kumpulan-kumpulan yang tidak berminat untuk meneruskan gerakan kebangkitan lagi.

Kenapa harus kita percaya pada OIC yang telah memberi ruang kapada penjajah Siam sebagai taraf pemerhati sedang umat Islam Patani dianak tirikan!!!!

Pembunuhan kejam keatas umat islam di masjid Al-furqan ini menutup segala harapan yang ada untuk penyelesaian damai. Perjuangan bersenjata akan di teruskan dengan bergantung pada pertulungan Allah swt semata (kerana Negara jiran hanya berminat untuk mengorek minyak dan gas Patani sahaja!!). Jika peristiwa ini tidak menjadi pembuka mata kapada pentadbiran Malaysia dan Indonesia maka peluang untuk membantu ugama dan anak bangsa sendiri akan terlepas untuk jangka masa yang lama.Ini bukan amaran terakhir tapi peringatan ulangan!!! Kesediaan untuk berunding bukan bermakna mesti mengadakan gencatan senjata.Kerana jika kita berurusan dengan penjajah Thai perjanjian adalah menjadi alasan untuk mereka berbohong.

Ketika Sorayud (kerajaan kudita yang lalu) mula-mula menjadi Perdana Menteri beliau telah menangis didepan rakyat Patani dan meminta maaf diatas kejadian pembunuhan beramai-ramai di Tabal dan masjid kerisik 2004! Beliau juga berjanji untuk menyiasat dan membawa ka pengadilan keatas orang-orang yang bertanggung jawab mengarah pembunuhan tersebut. Tetapi pada 29hb mei 2009 mahkamah awam di Senggora telah memutuskan bahawa tidak ada siapa-siapa pun yang bersalah dalam peristiwa pembunuhan Tabal dan masjid kerisik !!!!!. Beginilah caranya penjajah Siam sering mempermain kan dunia luar terutama OIC dan pentadbiran Malaysia.

Sekarang ini kita berhadapan dengan situasi yang paling kritikal. Kemarahan umat Islam Patani sudah meluap-luap. Kalau dahulu para Mujahidin bertindak mengikut garisan yang ditetapkan oleh pimpinan dan majlis syura Ulama. Tapi kini adalah dibimbangi rakyat Patani akan mengambil tindakan melulu tanpa mengambil nasihat dari pimpinan. Dan untuk memburukan lagi suasana munkin pihak tentera Thai akan mengambil kesempatan dari suasana ini.

Untuk pengetahuan pembaca dari luar Patani. Tentera Thai ini sering menciptakan suasana palsu di selatan demi menekan kerajaan Bangkok menambah peruntukan perang. Wang ini kebanyakannya di songelap oleh Jenderal-Jenderal berkenaan.

Pejuangan umat Islam Patani adalah perjuangan yang paling sukar dan rumit didunia. Kalau dibanding kan dengan perjuangan rakyat Palestine mereka disokong oleh seluruh Negara-negara Arab, seluruh Negara-negara Islam dan sebahagian dunia barat. Mereka mendapat bantuan kewangan dari segenap pelusuk Negara-negara penyokong. Tapi sebaliknya perjuangan Patani yang insiden-insiden nya sekarang lebih intense dari Iraq tidak di bela oleh bangsa sendiri saperti Malaysia, Indonesia dan Brunai Darusssalam. Tidak di sokong oleh Negara-negara Islam dunia kecuali satu dua simpati.

Bahkan kalau di Malaysia ini sebahagian pejuang dilayan mengikut selera dan arahan penjajah Thai.

Sudah banyak kali peristiwa penangkapan pejuang-pejuang Patani yang dijalan kan atas kerjasama Polis Malaysia dan polis Thai. Beberapa orang pejuang saperti assyahid saudara tengku Ismail dan Assyahid saudara Nasir yang ditangkap dikediaman mereka diMalaysia dengan kerjasama Polis Malaysia dan bila masuk kaBumi Patani sahaja di bunuh dengan kejam. Kemudian pihak penjajah Thai meletakkan senjata disisi mereka untuk ditonjolkan dan talivisyen!!!!!

Wahai umat Islam dimana sahaja berada. Percaya lah ‘bila Allah melarang kita mengambil orang-orang kafir sebagai kawan dengan meninggalkan saudara Islam maka jika kita melanggar perintah ini tunggulah balasan Allah!!!!! ‘.

Ini seruan jihad fisabillillah . Bukan sahaja untuk Patani bahkan untuk umat Islam yang masih dibelenggu kegelapan.

ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD

Rabu, 10 Jun 2009

Majlis Pelancaran Serentak Gerakkerja UPU N41 Dun Manek Urai


Ustaz Zamzuri Mat Lazim, adakah akan terpilih?
















Dari bawah Ustaz Awang Senik Awang Hamat ,Dato W Rahim dan Tn Hj Che Pa Mahmood




Malam ini telah di adakan majlis pelancaran gerakkerja Upu N41 Dun Manek Urai yang diadakan secara serentak di sembilan bilik gerakan UPU masing-masing. Sembilan UPU tersebut ialah Sungai Peria, Temalir, Sungai Sok, Chuchuh Puteri, Lata Rek, Lakloh, Manjor, Manek Urai Baru, dan Manek Urai Lama.

Di UPU Sungai Peria bertempat di Markasnya, majlis perlancaran disempurnakan oleh YB Dato Haji Wan Rahim b Wan Abdullah, Ahli Parlimen Kota Bharu. Selain dari pertugas UPU Sungai Peria yang diketuai oleh Ustaz Awang Senik Awang Hamat, turut hadir ialah Wakil dari Pas Kawasan iaitu Tn Hj Che Pa b Mahmood dan Ustaz Ismail Nara, AJK Pas kawasan dan anak tempatan Ustaz Zamzuri Mat Lazim. Kawasan -kawasan luar yang di tempatkan di sini ialah PAS Kawasan Kota Bharu, MTD Guchil dan MTD Mengkebang, Negeri Kedah dan Pulau Pinang. Masing-masing menghantar wakilnya. Dianggarkan lebih 100 orang pertugas berhimpun pada malam ini.

Turut hadhir ialah YB Puan Rohani Ketua Muslimat Kota Bharu dan AJKnya. Ketua Muslimat Kuala Krai Puan Norizan dan beberapa AJKnya. majlis bermula dengan sembahyang Isya berjemaah yang di imamkan oleh Ustaz Ismail Nara dan selepas itu diadakan sembahyang hajat. Selepas Makan, Majlis ucapan telah dilangsungkan.

Sebagai mewakili Pas Kawasan Tn Hj Che Pa Mahmood telah mengingatkan kembali sejarah perjuangan PAS dalam liku-liku perjalanan dari pengalamannya. Beliau mahukan PRK Manek Urai kali ini sebagai kubur tempat bersemadinya UMNO dan menjadi lipatan sejarah. Ucapan Tn Hj Che Pa yang penuh bersemangat itu telah disambut dengan laungan takbir beberapa kali oleh mereka yang hadir.

Yb Dato Wan Rahim dalam ucapan pelancarannya telah mengingatkan kembali tentang kepintaran YAB Tok Guru dalam mentadbir kerajaan negeri Kelantan. Beliau yang melihat dari dekat perjalanan hidup YAB Tok Guru selama hampir 30 tahun mengatakan tidak ramai pemimpin-pemimpin Pas seperti YAB Tok Guru. Oleh itu beliau mengajak hadirin semua mestilah akur kepada beliau. Majlis berakhir jam 11.00 malam.

Selasa, 9 Jun 2009

AWAS UMNO BELI KAD PENGENALAN

Awas, sindiket cari kad pengenalan pengundi di Manek Urai

Awas jaga kad pengenalan anda. Itu pesanan disampaikan PAS kawasan ini kepada pengundi di Dun Manek Urai berikutan ada pihak cuba mendapatkan kad pengenalan penduduk.

Menurut penduduk pihak tertentu yang didalangi parti politik dengan kerjasama agensi kerajaan persekutuan datang ke rumah mereka bagi mendapatkan nombor kad pengenalan.

Kejadian itu disedari berlaku di beberapa kampung termasuk Chuchuh Puteri, Sungai Sok, Sungai Peria dan Lata Rek.

Anggota jawatankuasa PAS Kuala Krai, Ustaz Zamzuri Mat Lazim berkata, penduduk mengadu kepadanya rumah mereka didatangi orang tertentu bagi mendapatkan nombor kad pengenalan.

“Penduduk menjadi serba salah kerana orang terbabit memberitahu mereka datang dari agensi tertentu di bawah kerajaan persekutuan,” katanya di sini.

Beliau yang juga bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Krai berkata, PAS kawasan terbabit menasihatkan penduduk tidak menyerah kad pengenalan mereka kepada orang yang tidak dikenali biar pun mengaku dari agensi kerajaan.

Kata beliau sindiket seperti itu biasa berlaku pada pilihan raya kecil seperti di Pengkalan Pasir sebelum ini.

Beliau juga mendakwa penduduk sudah memberitahu pihak polis mengenai perkara tersebut.

“Saya berharap pihak keselamatan mengambil tindakan sewajarnya. Kita bimbang sekiranya ada penduduk menyerah kad pengenalan mereka tidak dapat keluar mengundi pada 14 Julai depan,” katanya.

Beliau juga percaya pelbagai usaha dilakukan pihak lawan bagi merampas Dun Manek Urai biar pun kaedah yang digunakan bertentangan dengan peraturan.


AKIM...
Umno akan beli kad pengenalan untuk tempoh dua hari untuk diberi pada orang barat(Thailand) yang dikumpulkan oleh PPM Peria yang asal Thailand tu. Puak ni lah yang akan keluar mengundi. 200 orang di UPU Peria.

Promote diri sendiri adanya..

Manek Urai: Sukarnya nak cari calon UMNO yang sesuai??

bm version kerusi dun manek urai 220509Beberapa nama pemimpin Umno bahagian Kuala Krai yang disebut-sebut bakal dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai bulan depan, tidak disenangi ahli dan penyokong Umno, dakwa bekas ADUN BN, Zulkepli Omar.

Beliau mendakwa, mereka termasuklah ketua bahagian, Datuk Ramzi Abdul Rahman; naib ketua bahagian, Che Jalal Muda dan ketua Wanita, Rohani Abdul Majid.

Zulkepli adalah calon BN dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008. Beliau memenangi kerusi tersebut pada 2004 dengan majoriti 53 undi sahaja.

Bagaimanapun, dalam pilihanraya umum 2008 beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut yang dimenangi oleh calon PAS, Ismail Yaacob dengan majoriti 1,352 undi.

Kerusi tersebut kosong berikutan kematian Ismail bulan lalu kerana sakit jantung. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai penamaan calon dan pengundian pada 14 Julai.

Zulkifli mendakwa, ketiga-tiga mereka tidak digemari oleh ahli dan pengundi Manek Urai sendiri.

“Datuk Ramzi, walaupun menang tanpa bertanding jawatan ketua Umno bahagian dalam pemilihan lalu, tetapi banyak cawangan Umno tidak senang dengannya,” kata Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini

Sebaliknya, beliau mendakwa, Ramzi yang menyebabkan cawangan-cawangan Umno tidak dapat mencalonkan pemimpin lain untuk mencabarnya.

‘Calon wanita tak sesuai’

Manakala Che Jalal pula, dakwa Zulkifli, dilabelkan sebagai pemimpin yang tidak turun ke bawah menemui penduduk setempat.

Katanya, kalau tidak menemui pengundi bagaimana hendak mendapatkan sokongan mereka.

Manakala Rohani pula, kata Zulkifli, tidak mempunyai penyokong dan umurnya pula sudah menjangkau 68 tahun.

Katanya, jika Rohani dipilih sebagai calon BN, ia umpama memberi kemenangan percuma kepada pembangkang.

“Tetapi kalau dia kata hendak bertanding di Manek Urai, tak apalah itu hak dia.

“Apapun wanita tidak sesuai bertanding di Manek Urai. Ini kubu PAS dan kawasan kampung dan banyak ladang pula,” katanya.

Rohani sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut 14 April depan.

AKIM....

Cara pemimpin UMNO yang sorang ni melobi diri sendiri dengan mempelekehkan kawan-kawan dalam parti yang sama dengan tujuan menunjukkan bahawa dialah yang selayaknya diletakkan sebagai calon UBN Manek Urai. Kalau semua yang disebut oleh Zulkepli itu tidak layak, nampaknya hanya beliau sahajalah yang layak. Itu maksud sebenar beliau. Takkan pemimpin Umno Kelantan tak faham pulak…TAK PAYAH_PAYAH BERTANDING LA UMENO kalau dok berebut gak.

Khamis, 4 Jun 2009

Pelancaran Bilik Gerakan UPU Peria

YB Dato Haji Wan Rahim W Abdullah dan YB
En N Gobalakrisnan MP Bagan Serai Perak sebagai Penceramah utama.









Yusuf Kadir Atau Yusuf Toko bekas AJK Umno Kuala Krai menyampaikan ceramahnya.




YB Dato Hj Wan Rahim W Abdullah menyampaikan ceramah dan merasmikan bilik gerakan UPU Peria.




















YB Dato bersama suami Penghulu Tanpa Mukim wanita Dun Mengkebang


Penyampaian Hadiah kepada pemenang pertandingan sukan oleh YB Dato W Rahim





Suasana Orangramai yang hadir