Rabu, 3 Jun 2009

Kami Terimo Belako Asal Bule

Andaian Admin sahaja,sekadar menyebut beberapa nama sebagai pilihan calun terbaik di DUN Manek Urai

1. Ustaz Haji Zulkifli Yaakub
Nama yang tidak asing lagi di seluruh negara, Anak tempatan Kuala Krai berkelulusan Al Azhar,Pengerusi Jihad Ternak, bekas ketua Pemuda PAS kawasan dan Negeri Kelantan,Bekas Adun Guchil dalam PRU 11.Didampingi oleh pemikir-pemikir yang strategik dan seorang tokoh yang agak genius dan mampu membawa rakyat Manek Urai ke peringkat Global. Dalam pemilihan pucuk pimpinan kawasan baru-baru ini, tewas kepada Allahyarham Paksu Wil dengan 5 undi bagi jawatan timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krai.



2. Ustaz Zamzuri Mat Lazim

Bekas calun PAS yang tewas Pru 2004 merupakan anak tempatan kg Peria. Bekas Mudir SMU Falahiah Sungai Sok ini berkelulusan Al Azhar Mesir juga merupakan bekas ketua Pemuda Pas Kawasan Kuala Krai pada sesi lepas. Amat disenangi oleh golongan tua dan muda. Mudah didekati oleh masyarakat atas sifatnya yang rendah diri dan tawaduk.

3. Ustaz Mahadi Mohd Zain

Mudir SMUA Bukit Sirih Kuala Krai ini merupakan Ketua Pemuda Pas Kawasan Kuala Krai. Anak tempatan kelahiran Kg Peria ini merupakan lulusan Al Azhar Mesir. Amat mesra dan murah hati. Cucu Pakcu Amat Peria yang terkenal dengan ilmu agamanya dan mempunyai sebuah madrasah di Peria. Barisan pemuda rela berjuang berhabis-habisan kerananya. Mempunyai hubungan yang baik dengan kepimpinan Pas Kawasan.

4. Fikri Che Ismail

Dikenali sebagai Mat Ye Ppiyah, amat dikenali di seluruh Dun Manek Urai, Tinggal di Kampung Lakloh, merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Seorang yang peramah lagi dermawan. Mempunyai hubungan yang erat dengan ahli-ahli perniagaan. Walaupun tidak mempunyai jawatan di peringkat Pas Kawasan, tetapi sifat ringan tulang dan dermawannya sentiasa membantu seikhlas hati dalam menjayakan aktiviti parti. Seorang yang warak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan