Jumaat, 12 Jun 2009

Pembukaan Rumah MTD Guchil di Cawangan Lepan Kabu UPU Peria N41 Manek Urai



Petugas Rumah MTD Guchil di Cawangan Lepan Kabu

Malam ini telah diadakan majlis sembahyang hajat memohon keberkatan sempena pembukaan Rumah MTD Guchil di cawangan Lepan Kabu iaitu salah satu daripada 5 cawangan dalam UPU Sungai Peria yang mempunyai 2290 pengundi. Majlis dimulakan dengan sembahyang isya dan sembahyang hajat yang diimami oleh Ustaz Zaki b Idris. Majlis tahlil juga telah diadakan.Turut hadir Ketua UPU Peria Ustaz Awang Senik Awang Hamat dan rombongannya dari Markas UPU Sungai Peria.

Jika anda menuju ke DUN Manek Urai dari Kuala Krai, cawangan inilah yang akan ditempuhi dahulu. Umpama kepala kepada cawangan dan UPU lain, cawangan ini akan bekerja keras menarik pengundi untuk menyokong PAS pada PRK ini. Dengan pengundi yang berjumlah 392 orang dan kedudukan penempatan yang berterabur, maka kerja keras adalah sesuatu yang pasti bagi petugas di cawangan ini.

Menurut strategis Dun Manek Urai, cawangan ini mempunyai berbagai-bagai penyakit yang perlu diubati oleh petugas-petugas parti. Petugas PAS perlulah bersedia dengan berbagai strategi untuk menawan pengundi. Berbagai cabaran seperti yang telah beliau perkatakan kepada petugas perlulah di ambil berat dan bukan sekadar on paper sahaja Menurut Ketua Rumah MTD Guchil, En Ahmad b Ariffin yang juga penghulu Mukim Pahi banyak aktiviti yang telah dikenalpasti untuk disusun sebagai gerak kerja dengan bantuan Ajk cawangan Lepan Kabu. Kelancaran gerakkerja MTD bergantung kepada kerjasama yang akan diberikan oleh petugas kepada beliau. Beliau akan menetap di cawangan ini sehingga hari mengundi bersama ajk Pas cawangan Pahi dan cawangan Kuala Pahi. Sementara itu, setiap penghulu dalam MTD Guchil akan bertugas bersama empat peserta ladang rakyat selama sekali dalam seminggu sehingga hari mengundi.

Sementara itu Penolong Setiausaha MTD Guchil En Kamaruddin Seman yang sempat ditemui menyatakan mesyuarat dengan cawangan akan diadakan secepat mungkin bagi menyelaraskan kerja bagi melicinkan segala aktiviti pemuda,muslimat,ulamak dan pertugas MTD.

Pengerusi MTD Guchil En Mohd Fauzi Abdullah berkata berbagai aktiviti akan dijalankan bagi menarik pengundi di cawangan Lepan Kabu yang seramai 392 orang itu. Beliau menyedari bahawa cawangan ini adalah cawangan yang paling rumit kalau hendak dibandingkan dengan cawangan-cawangan lain di UPU Peria iatu dari segi lokalitinya. Hasratnya pengundi PAS akan bertambah dari cawangan ini bagi menyumbang kemenangan PAS di N41 Manek Urai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan