Rabu, 10 Jun 2009

Majlis Pelancaran Serentak Gerakkerja UPU N41 Dun Manek Urai


Ustaz Zamzuri Mat Lazim, adakah akan terpilih?
















Dari bawah Ustaz Awang Senik Awang Hamat ,Dato W Rahim dan Tn Hj Che Pa Mahmood




Malam ini telah di adakan majlis pelancaran gerakkerja Upu N41 Dun Manek Urai yang diadakan secara serentak di sembilan bilik gerakan UPU masing-masing. Sembilan UPU tersebut ialah Sungai Peria, Temalir, Sungai Sok, Chuchuh Puteri, Lata Rek, Lakloh, Manjor, Manek Urai Baru, dan Manek Urai Lama.

Di UPU Sungai Peria bertempat di Markasnya, majlis perlancaran disempurnakan oleh YB Dato Haji Wan Rahim b Wan Abdullah, Ahli Parlimen Kota Bharu. Selain dari pertugas UPU Sungai Peria yang diketuai oleh Ustaz Awang Senik Awang Hamat, turut hadir ialah Wakil dari Pas Kawasan iaitu Tn Hj Che Pa b Mahmood dan Ustaz Ismail Nara, AJK Pas kawasan dan anak tempatan Ustaz Zamzuri Mat Lazim. Kawasan -kawasan luar yang di tempatkan di sini ialah PAS Kawasan Kota Bharu, MTD Guchil dan MTD Mengkebang, Negeri Kedah dan Pulau Pinang. Masing-masing menghantar wakilnya. Dianggarkan lebih 100 orang pertugas berhimpun pada malam ini.

Turut hadhir ialah YB Puan Rohani Ketua Muslimat Kota Bharu dan AJKnya. Ketua Muslimat Kuala Krai Puan Norizan dan beberapa AJKnya. majlis bermula dengan sembahyang Isya berjemaah yang di imamkan oleh Ustaz Ismail Nara dan selepas itu diadakan sembahyang hajat. Selepas Makan, Majlis ucapan telah dilangsungkan.

Sebagai mewakili Pas Kawasan Tn Hj Che Pa Mahmood telah mengingatkan kembali sejarah perjuangan PAS dalam liku-liku perjalanan dari pengalamannya. Beliau mahukan PRK Manek Urai kali ini sebagai kubur tempat bersemadinya UMNO dan menjadi lipatan sejarah. Ucapan Tn Hj Che Pa yang penuh bersemangat itu telah disambut dengan laungan takbir beberapa kali oleh mereka yang hadir.

Yb Dato Wan Rahim dalam ucapan pelancarannya telah mengingatkan kembali tentang kepintaran YAB Tok Guru dalam mentadbir kerajaan negeri Kelantan. Beliau yang melihat dari dekat perjalanan hidup YAB Tok Guru selama hampir 30 tahun mengatakan tidak ramai pemimpin-pemimpin Pas seperti YAB Tok Guru. Oleh itu beliau mengajak hadirin semua mestilah akur kepada beliau. Majlis berakhir jam 11.00 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan