Sabtu, 27 Jun 2009

Fauzi Abdullah Calun PAS PRK N41 Manek Urai











PAS meletakkan seorang peniaga berjaya sebagai calon yang akan mempertahankan kemenangan Dun Manek Urai. Mohd Fauzi Abdullah, 50 sudah lama menetap di Kuala Krai, iaitu semenjak berhijrah bersama-sama keluarganya semasa masih kecil.





Anak keenam daripada lapan beradik ini telah mendirikan rumah tangga dengan Aminah bt Mahmood dan dikurnia 5 orang anak. Anak sulung beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti manakala yang lain-lain masih di bangku sekolah.


Aktif terlibat dengan PAS semenjak masih muda dan kini merupakan Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai. Pengalamannya yang luas di dalam parti menyebabkan beliau turut dilantik sebagai Pengarah MTD Guchil dan pernah menjadi Penyelia Dun Guchil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan