Ahad, 18 Mac 2012

Rebah jua akhirnya

Sinar mentari pagi mengintai-gintai di celahan cermin. saat itu proses memasukkan ubat pencair darah sedang berjalan melalui belakang tapak tangan yang sudah di tebuk saluran darahnya. "mama telefonlah kepada Rosli, Sakinah, ayah dan lain-lain", pintaku .Aku sedikit cemas dan gusar, andainya malaikat maut mencabut nyawaku, aku redha, kerana ketentuan ilahi sudah tiba. biarlah aku pergi sebagai seorang pejuang kecil. kerana perjuangan juga memberi impak stress yang tinggi dan memberi tekanan dalam karier. Aku rasa teramat-amat lesu dan keletihan. tetapi mood di luar sana agak segar,kedatangan pagi dengan suluhan mentari dan bayunya terasa sehingga di perbaringan ini. Ayah dan ibu mertua masuk dan mengosok-gosok sekujur tubuh ini sambil suaranya memujuk-mujuk .seketikaanya aku pun terlena.

Terjaga dari tidur, terpandang jam dinding di wad kecemasan itu pukul sembilan. nampaknya hampir dua jam aku terlena, dua orang atendan dan pembantu perubatan bergegas datang dan menyorong katilku, kita ke wad ,katanya. Terus di tolaknya untuk menaiki lif, sampai di wad aku diangkat ke katil di bilik bercermin itu. Di luar cermin beberapa orang memerhati. Air mata ini tiba-tiba mengalir, entah mengapa, sayu tiba-tiba menjengah.


Mamanya mengelap-ngelap air jernih yang bertakung di kelopak mata ini, aku pasrah, akhirnya tubuh dan jiwa yang kuat ini menjadi lemah, tertewas jua. Pertama kalinya aku merasakan. Dilayan seperti orang sakit, barangkali inilah realitinya. Aku memang sakit. Sehayatnya inilah pertama kali berada di katil wad hospital dengan seluruh tubuh di balut wayar. dan sudah beberapa tucukan jarum sudah menembusi kulit di tubuh ini. Aku memerhati di sekeliling, beberapa orang nurse tersenyum, senyuman memujuk, memujuk lelaki yang telah rebah.