Ahad, 4 Mac 2012

Wad Kecemasan

Doktor perempuan itu memasuki bilik rawatan kecemasan setelah hampir setengah jam aku terdampar di katil, Dilekatkan beberapa wayar ke tubuh dan dadaku.Sebelumnya aku telah diberi suntikan keracunan makanan beserta setudung ubat untuk angin oleh seorang pembantu perubatan.Seketikanya kertas keputusan keluar dari mesin tersebut.

Doktor  menyatakan aku telah diserang jantung. Dua orang pertugas mengheret sebuah mesin dan meminta untuk mengextray aku. Aku rilex dan isteri tersenyum menahan duka dan kecewa. Pembantu memasukkan ubat di bawah lidah sambil menyuntik jarum ke tangan kananku untuk mengambil darah. Sebotol ubat dimasukkan melalui tangan, katanya proses pencairan darah ini akan memakan masa hampir satu jam.

Isteriku yang sarat mengandung mundar mandir di sisi, dan seketikanya hilang dipanggil oleh doktor di balik tirai nipis. Aku bertanyakan apakah yang diberitahu doktor, dia mengatakan serangan jantung ini agak kritikal dan akan dimasukkan ke dalam wad tetapi mujurlah kata doktor kita bersegera datang ke Hospital. Kalau lewat pastinya akan sukar untuk diselamatkan. Tetapi bukankah kita hanya merancang dan menduga serta meneka tetapi perancangan dan dugaanNYA yang menentukan. Aku pasrah kepada ILAHI tetapi tidaklah terkejut sangat kerana peristiwa di rumah tadi tidaklah sakit serta teruk sangat dan nampak macam tidak membahayakan. Kalau begitu mujurlah semasa di rumah tadi, hati kecilku ingin bersegera ke hospital.

Suasana di wad kecemasan mulai agak gamat, Begitulah Hospital Kuala Krai, sebuah rumah sakit yang terbesar di Selatan Kelantan, menjadi rujukan kepada beberapa daerah seperti Machang,Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Petugas-pertugas mulai nampak sibuk dengan rutin masing-masing.

Sinar pagi mulai menjengah wad kecemasan itu. Aku keletihan dan terus hilang dibuai mimpi pagi. Mimpi yang pastinya bukanlah realiti.

Jumaat, 2 Mac 2012

Air Kelapa di Tengah Malam

Malam itu menghantar isteri ke rumah dan berpatah balik ke sebuah restoren di tepi jalan besar Sungai Durian. Berjanji untuk minum bersama Tok Ngulu Tok Wan Batu Balai. Lalu mengambil order nasi puteh bersama sayur air dan sebiji buah kelapa muda. sambil mata meliar seolah-olah mencari sesuatu. Mungkin Tok Wan ada halangan tertentu yang menyebabkan tak dapat datang. Selesai makan dan minum dan semestinya secara berseorangan kerana Tok Wan tak muncul-muncul. Agak mengeluh dan mendengus penyesalan kerana berseorangan hampir satu jam.

Waktu itu jam menghampiri 12 malam, ada rasa sedikit rimas dan sekok pada perut, mungkin kerana terlalu kekenyangan. Malam yang sejuk menyelimuti sekujur tubuh ini yang agak gementar. Terus memecut di jalanraya menerjah malam.

Sampai di rumah, isteri membukakan pintu, anak-anak bergelimpangan di ruang tv, beginilah sejak akhir-akhir ini, mereka semua suka tidur di ruang tamu dengan tv yang tidak di matikan. Mencari beberapa ekor nyamuk yang menghinggap tubuh mereka. Isteri mengosok-gosok perutnya untuk menghilangkan rasa kekejangan kerana kandungan semakin sarat.

Dalam masa mata yang amat mengantuk lantaran kekenyangan dan rimas kerana kepanasan malam, masih sempat mengupload beberapa keping gambar ceramah di FB,

Masa telah mengubah suasana, awal pagi muncul dan jumaat mengamit. Sambil merebahkan badan keletihan terasa ada sesuatu yang tidak enak di dalam badan, terasa sekok yang amat sangat dan isi perut seolah-olah menerjah ke dada. Menahan dan membiarkan rasa kerana terlampau mengantuk dan seolah tiada gangguan terlena seketika.

Terjaga dari lena yang sekejap, ekoran rasa yang menyesakkan di dada. Bangkit ke kerusi dan rasa sedikit lega. Apa yang difikirkan ialah kemungkinan keracunan dari apa yang di makan di restoran tadi. Dua kali masuk ke bilik air dan membuang air besar yang seperti cirit birit. Aku perlu memuntahkan apa yang di makan tadi, sekali lagi ke bilik air dan mengosok gigi supaya dapat muntah dan tindakan ini berjaya mengeluarkan makanan di dalam usus ini.

Jam hampir tiga dan dengkuran isteri tercinta memecah kesunyian di peraduan indah ini. aku perlu mengejutkannya, meminta supaya mengurut dan menggosok tubuh ini dengan minyak panas, rintik peluh sejuk mula memenuhi dada dan belakang ini. Mungkinkah air kelapa yang di minum tadi penyebab keracunan di dinihari ini...

Diserang Jantung


Sepulangnya dari ceramah Pakatan Rakyat di Tapak Pasar Borong Guchil bersama isteri dengan menaiki Unser kesayangan ini. Jam menghampiri sebelas malam dan ketika itu YB ustaz Latif belum lagi menghabiskan ceramahnya. Tanpa mendengar ucapan penceramah utama YB Syarifuddin Nasution yg akan berucap selepas ini, dipandunya menghala ke rumah di Sungai Durian. Gema ucapan Yb Latif menerkam berapi-api didengari hingga ke persimpangan kedai Peladang. Kiri kanan jalan dipenuhi kenderaan yg parkir. Agak kasihan juga kepada isteri yang sarat mengandung dan bakal melahirkan anak minggu hadapan iaitu awal Mac.

Sebetulnya belum pernah membawa isteri ke tempat ceramah atau program parti tambahan pula ketika ini ia sedang sarat mengandung. Biarlah anak dalam kandungannya akan turut mendengar sama tentang perjuangan yang maha suci ini dan mengetahui bahawa bapanya juga merupakan seorang pejuang walaupun hanya sebagai pejuang kecil. Bapanya yg sentiasa mengorbankan masa,tenaga dan wang ringgit serta mangsa diskriminasi Kerajaan pusat demi menegakkan kalimah ALLAH di mukabumi ini sekadar yang termampu olehnya mengikut khudrat yang diberi olehNYA.

Itu seminggu yang lalu , pada malam jumaat seminggu yang lalu, pada malam jumaat yang penuh keberkatan, pada malam jumaat sesiapa yang meninggal dunia akan mendapat kesenangan di alam kubur.Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi. Al-Albani mengatakan hadis ini hasan dalam Ahkam Janaiz).

Hari ini sudah berada di rumah setelah seminggu berada di bilik CCU Hospital Besar Kuala Krai akibat serangan jantung yang amat hebat. Jam empat pagi terdampar di bilik kecemasan bertarung memohon nafas dari Yang Maha Kuasa. Aku memanjat kesyukuran pada Mu.

Rabu, 17 Ogos 2011

Setelah hampir 3 tahun berlalu mayatnya masih elok


Peristiwa di Kuburan Pondok Sungai Durian ini telah dibisikkan dari satu mulut ke satu mulut, ia berlaku beberapa minggu yang lalu. peristiwanya ialah apabila ada satu kematian kepada seorang warga emas muslimah yang juga ahli jemaah masjid Pondok Sungai Durian. Allahyarhamah dalam wasiatnya ia ingin disemadikan bersebelahan dengan kubur Allahyarham suaminya yang meninggal dunia kira-kira hampir tiga tahun yang lalu.

Pengali kubur semasa membina liang kubur jenazah tersebut tercangkul pada sesuatu yang agak lembut,apabila diperiksa dan dikorek dengan tangan didapati kain kapan yang membalut dibahagian bahu mayat suami nya dalam keadaan masih elok lagi. kain kapannyanya tidak rosak dan jasadnyanya juga elok tidak reput.

Allahyarham PakWeil atau lebih dikenali PakWeil JKR merupakan pesara JKR, semasa hayatnya iaitu selepas pencen, beliau merupakan ahli jemaah tetap masjid Pondok Sungai Durian bersama isterinya. Dengan kereta Proton Saganya beliau berulang alik dari rumahnya di Guchil pada setiap waktu solat fardu. Beliau merupakan ahli jemaah yang paling awal tiba di masjid. Saya yang baru tinggal di Sungai Durian waktu itu juga agak mengenali beliau dari kejauhan, dan sempat memerhati dan perasan beliau yang tiba di masjid setiap waktu solat.

Tuan Guru Pondok Haji Abdul Rahman, Tuan Haji Ismail atau lebih mesra disapa dengan Paksu Weil ketika diaju dengan berita ini dan beliau mengesahkannya. dan katanya peristiwa itu sebagai pengajaran yang ditunjukkan oleh ALLAH SWT kepada setiap insan yang masih hidup terutamanya yang mengetahui berita ini. Oleh itu perbanyakkanlah beribadat kepada PENCIPTA dengan melakukan solat berjemaah dan mengaji AlQuran serta berjuang di jalan Islam.


Semuga Allah mencucuri rahmatnya pada arwah suami isteri dan meletakkan dia bersama para syuhada dan solihin amiin. Kita yang hidup ini masih belum tentu nasib kita , bagaimana akhir kalam kita adakah dalam husnulkhotimah, oleh itu marilah terus kita berusaha untuk memperbaiki diri dan menguatkan iman dan amal kita ikut perintah Allah swt dengan cara ditunjuki oleh nabi saw.

Isnin, 15 Ogos 2011

RAMADHAN 16 1432H








Ramadhan 1432H hari ke enam belas, bersahur jam 5.00 pagi. Pergi ke tempat kerja dgn rutin yang biasa iaitu pertamanya menghantar Dhiya Alisa 2 tahun dan Diwan Muhammad 4 tahun ke rumah tokmanya. Seterusnya singgah di SMU Maahad Rahmaniah menurunkan Dhiya Fariha 13 tahun.

Sampai di sekolah agak lewat dua tiga minit dengan punchcard merah. Kelihatan Guru besar sedang merotan beberapa orang murid yang terlibat dengan main tikam di sekolah semalam.

Hari ini Uataz Mahadi mempelawa untuk berbuka bersamanya di restoran berhampiran rumahnya di bandar Pasir Putih. Ya, akan bertolak ke sana bersama beberapa orang member jam enam petang.

Petang ini ada satu kemalangan berlaku di hadapan Kuaters Polis Sungai Durian.Khabarnya tidak melibatkan apa-apa kecederaan yang parah.