Rabu, 17 Ogos 2011

Setelah hampir 3 tahun berlalu mayatnya masih elok


Peristiwa di Kuburan Pondok Sungai Durian ini telah dibisikkan dari satu mulut ke satu mulut, ia berlaku beberapa minggu yang lalu. peristiwanya ialah apabila ada satu kematian kepada seorang warga emas muslimah yang juga ahli jemaah masjid Pondok Sungai Durian. Allahyarhamah dalam wasiatnya ia ingin disemadikan bersebelahan dengan kubur Allahyarham suaminya yang meninggal dunia kira-kira hampir tiga tahun yang lalu.

Pengali kubur semasa membina liang kubur jenazah tersebut tercangkul pada sesuatu yang agak lembut,apabila diperiksa dan dikorek dengan tangan didapati kain kapan yang membalut dibahagian bahu mayat suami nya dalam keadaan masih elok lagi. kain kapannyanya tidak rosak dan jasadnyanya juga elok tidak reput.

Allahyarham PakWeil atau lebih dikenali PakWeil JKR merupakan pesara JKR, semasa hayatnya iaitu selepas pencen, beliau merupakan ahli jemaah tetap masjid Pondok Sungai Durian bersama isterinya. Dengan kereta Proton Saganya beliau berulang alik dari rumahnya di Guchil pada setiap waktu solat fardu. Beliau merupakan ahli jemaah yang paling awal tiba di masjid. Saya yang baru tinggal di Sungai Durian waktu itu juga agak mengenali beliau dari kejauhan, dan sempat memerhati dan perasan beliau yang tiba di masjid setiap waktu solat.

Tuan Guru Pondok Haji Abdul Rahman, Tuan Haji Ismail atau lebih mesra disapa dengan Paksu Weil ketika diaju dengan berita ini dan beliau mengesahkannya. dan katanya peristiwa itu sebagai pengajaran yang ditunjukkan oleh ALLAH SWT kepada setiap insan yang masih hidup terutamanya yang mengetahui berita ini. Oleh itu perbanyakkanlah beribadat kepada PENCIPTA dengan melakukan solat berjemaah dan mengaji AlQuran serta berjuang di jalan Islam.


Semuga Allah mencucuri rahmatnya pada arwah suami isteri dan meletakkan dia bersama para syuhada dan solihin amiin. Kita yang hidup ini masih belum tentu nasib kita , bagaimana akhir kalam kita adakah dalam husnulkhotimah, oleh itu marilah terus kita berusaha untuk memperbaiki diri dan menguatkan iman dan amal kita ikut perintah Allah swt dengan cara ditunjuki oleh nabi saw.

Isnin, 15 Ogos 2011

RAMADHAN 16 1432H








Ramadhan 1432H hari ke enam belas, bersahur jam 5.00 pagi. Pergi ke tempat kerja dgn rutin yang biasa iaitu pertamanya menghantar Dhiya Alisa 2 tahun dan Diwan Muhammad 4 tahun ke rumah tokmanya. Seterusnya singgah di SMU Maahad Rahmaniah menurunkan Dhiya Fariha 13 tahun.

Sampai di sekolah agak lewat dua tiga minit dengan punchcard merah. Kelihatan Guru besar sedang merotan beberapa orang murid yang terlibat dengan main tikam di sekolah semalam.

Hari ini Uataz Mahadi mempelawa untuk berbuka bersamanya di restoran berhampiran rumahnya di bandar Pasir Putih. Ya, akan bertolak ke sana bersama beberapa orang member jam enam petang.

Petang ini ada satu kemalangan berlaku di hadapan Kuaters Polis Sungai Durian.Khabarnya tidak melibatkan apa-apa kecederaan yang parah.




Sabtu, 29 Januari 2011

Profesionalisme Doktor telah DiCabar secara terbuka

Sudah tidak ada isu untuk menghadapi aura Cikgu Mala yang semakin menyesakkan Umno. Maka , tindakan tidak beretika Umno adalah mempamerkan cuti sakit suami Cikgu Mala untuk dijadikan isu.

Malang sekali isu ini yang ditimbulkan oleh blogger Umno digunakan juga oleh Menteri yang menjaga cikgu-cikgu

Sudah tidak ada isu, disuruhnya pengetua sekolah berikan cuti sakit untuk dijadikan isu menghentam Cikgu Mala. Sungguh tidak beretika, tidak menghormati profesion perguruan dan kakitangan awam.

Jangan salahkan pengetua berkenaan kerana beliau pun pasti takut jika tidak beri cuti sakit itu. Tak beri mungkin tak naik pangkat, senarai hitam, bertukar sekolah dan macam-macam lagi terpaksa dihadapi. Nak selamat beri je lah.

Kenapa nak hentam Cikgu Mala dan suaminya kerana mereka tidak salah apa-apa pun. Suami Cikgu Mala layak dapat cuti sakit kerana pegawai perubatan berkenaan sudah mengesahkan sakit Cikgu Mala.

Dalam bidang perubatan, sakit bukan maknanya kena perlu mengerang , ada darah, ada luka, berbalut sana sini. Doktor pun bukan hanya tengok kepada aspek luaran tapi aspek dalaman pesakitnya. Jadi jika doktor merasakan seseorang itu layak mendapat cuti sakit, Umno tidak sepatutnya menjadikannya isu politik tidak bertamadun.

Doktor berkenaan tentunya sudah tahu masalah yang akan dihadapi oleh suami Cikgu Mala. Isteri sebagai calon pilihanraya, tumpuan untuk mengendalikan P&P akan terganggu, tekanan dan keresahan akan berlaku semasa berada di sekolah akan mengakibatkan penyakit-penyakit lain. Banyak faktor lain diambil kira oleh doktor berkenaan.

Malah doktor berkenaan tidak merasa takut untuk mengeluarkan cuti sakit kerana beliau arif mengenai profesion yang diceburi berbanding pemimpin dan blogger Umno yang tidak ada etika. Tindakan pun tidak boleh diambil kepada beliau, malah beliau layak menyaman mereka yang mempertikaikan cuti sakit berkenaan.

Penulis akan paparkan artikel mengenai tekanan / stress yang dihadapi oleh guru-guru sehingga terpaksa mengambil cuti sakit. Mereka-mereka ini dibela oleh NUTP walaupun ada yang mengatakan mereka tidak sakit, tetapi doktor tetap memberi cuti sakit kepada mereka kerana mereka layak menerimanya akibat tekanan yang dialami. Bacalah......

Bebanan kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.

Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

"Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan.

"Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.

Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru.

"Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan banyak memberi tekanan.

"Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya.

Noreha yang berasal dari Pulau Pinang tidak menafikan pihak sekolah ada memberi pelepasan kepadanya tetapi apa yang menyesakkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang.

Ada yang mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan untuk bercuti.

"Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya," katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cuba untuk mengawal perasaannya daripada terus tertekan, tetapi adakalanya semakin dia cuba untuk tenang, semakin agresif pula jadinya.

"Kadang-kadang saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat, tetapi orang sekeliling tak anggap begitu, mereka mula sorokkan pisau. Kebelakangan ini saya kerap dimasukkan ke wad berbanding dulu," katanya.

Kerja tujuh hari seminggu

Berbeza dengan Norehan, akibat terbeban dengan kerja sebagai guru JQAF, Zaimah Mishan, 42, pernah mengalami sakit jiwa.

Dia yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga.

"Saya pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga saya tidak mampu mengajar. Enam bulan saya dirawat dan direhatkan.

"Ramai melihat guru JQAF tidak banyak kerja memandangkan mereka hanya mengajar agama tidak seperti sekolah aliran kebangsaan. Namun, mereka juga dibebani dengan komitmen luar," katanya.

Zaimah yang pernah mengajar di beberapa buah sekolah berkata, ada pengurusan sekolah yang memahami tanggungjawab guru JQAF namun ada juga sekolah yang menyamakan guru JQAF seperti guru-guru lain.

"Semasa saya mengajar di sekolah A, saya pernah bekerja tujuh hari seminggu, dari pagi hinggalah petang sampaikan tiada masa untuk suami dan anak-anak.

"Hari Isnin hingga Jumaat, saya mengajar seperti biasa. Kadang-kadang saya diminta menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF.

"Hari Sabtu pula, ada kegiatan kokurikulum yang mana semua guru terlibat dan hari Ahad pula saya selaku guru JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat," katanya.

Menurut Zaimah, beban terlalu berat yang tidak dipantau oleh pegawai yang sepatutnya itu ternyata memberi kesan kepada guru-guru JQAF.

"Kami terbeban, tersepit, letih, dan hampir kena mental block. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam, itu pun kami terpaksa bawa pulang buku latihan murid-murid untuk ditanda.

"Itu tidak termasuk kursus atau kertas kerja yang perlu dibereskan untuk aktiviti gerak kerja," katanya.

Zaimah yang baru lima bulan mengajar semula selepas bercuti panjang menjelaskan, keadaan dirinya ketika 'sakit' dahulu bertambah teruk lebih-lebih lagi apabila suaminya berkahwin lain dan anak-anak enggan berjumpa dengannya.

"Bila saya tertekan dengan kerja, suami kata dia nak kahwin lain dengan alasan saya terlalu sibuk dengan kerja. Keadaan saya bertambah teruk waktu itu.

"Bila sakit saya datang, anak-anak tidak mahu dekat dengan saya. Hanya keluarga saya yang datang memberi sokongan untuk saya jalani terapi dan rawatan di hospital.

"Selepas bercuti lama, saya mengajar di sekolah lain. Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan dan sesi kaunseling, saya sudah boleh mengawal tekanan di tempat kerja. Suami dan anak-anak pula sudah kembali pada saya," katanya.

Berisiko mendapat penyakit kritikal

Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.

“Guru sekarang tidak seperti guru zaman dahulu. Guru sekarang terbeban kerana banyak tugasan baru yang perlu dilaksanakan selain mengajar.

“Di samping sibuk dengan aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain.

“Mereka turut berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa serta pengetua yang sentiasa menaruh harapan tinggi untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan,” katanya.

Ramai ibu bapa, tidak kira di bandar atau di luar bandar, masih menganggap bahawa sekolah dan pusat tuisyen ialah tempat untuk mendidik anak mereka dan menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada guru.

Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya bergantung kepada pengajaran di sekolah.

Bercakap mengenai gejala tekanan yang sering dialami oleh pesakit-pesakitnya yang juga guru, Nor Zuraida memberitahu, kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan guru terbabit sebelumnya. Ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan.

“Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup.

“Tetapi kerja yang dilakukan tidak pernah habis dan ini yang mendatangkan sangsi kepada orang di sekeliling mereka,” katanya.

Tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

Sekiranya terdapat keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru mendapat tekanan menjadi lebih tinggi.

Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

“Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian.

“Sekiranya wujud keadaan-keadaan seperti ini, pihak pengurusan sekolah perlu memahami dan membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar serta memberi kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling,” jelas Nor Zuraida

Sabtu, 8 Januari 2011

Siapakah Yang Menderhakai Raja-Raja Melayu

Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta. * Tahun 1974 Tan Sri Gahzali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri b...esar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. * Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka ketika Dato’ Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang. * Umno membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan dharurat dikurangkan. * Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan. * Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. * Satu demontrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan . * Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja di bawa ke mahkamah. Apabila Raja- Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja. * Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Dr Mahathir dan mengecam raja-raja Melayu. * Menabal Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sutan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato’ Anwar Musa . * Kenyataan biadab Shahidan Kasim bekas MB Perlis mengatakan “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti” (BH 11hb Jun 1993.) * Dato’ Mohd Taib kata Nizar derhaka, Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka? * 23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Dato’ Mohd Said selepas pilihanraya 2008 * Penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina Sultan. Pada Feb 2009. * Shahidan Kasim boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis, bukankah ini derhaka namanya. * Tan Sri Rahim Tamby Chik meminta supaya amalan panggilan ‘patik’ yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan ‘saya tuanku’. BH 3/2/1993. * Dato’ Zahid Hamidi ketika menjadi Ketua Pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta. (BH 11/2/93)

Jumaat, 7 Januari 2011

BERHATI-HATI BELI TAUGEH

بسم لله الرحمن الرحيم
Mesti ramai suka makan taugeh. nak pulak campur dlm char kuey teow. hmmm rangup... tapi nak beli taug...eh tu kene buat eksperimen dulu la. Beli sket, jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari. pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.

Kepututsan yg mungkin boleh didapati... lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam. bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing. dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri. kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje. kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja.

Ini info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip. siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok2 taugeh tu.

dan kenapa taugeh jodik mangsa? sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dlm batangnya. tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2 dari baja. Tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan tumbesaran bukan secara fotosintesis. tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham.. so bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2 hanching dgn taugeh2 bumiputera.Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..