Isnin, 7 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA MTD DI CWG BEKOK KUALA KRAI

Hari ini 4 september 2009 bersamaan 14 Ramadhan 1430, telah diadakan majlis berbuka puasa peringkat MTD Guchil. Majlis ini adalah rentetan majlis berbuka yang telah diatur oleh pihak AJK MTD.

Majlis telah diadakan di Madrasah Kampung Bekok, Tualang Kuala Krai. Di samping Pengarah MTD Ustaz Haji Zulkifli Yacob, ia turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli, YDP PAS Kawasan merangkap ADUN Mengkebang Ustaz Haji Ab Latif Ab Rahman, Adun Keadilan Guchil Tn Zamri Arif, AJK MTD Guchil dan penghulu-penghulu Dun Guchil bersama serta kira-kira 300 orang penduduk kampung.

Setelah beramah mesra dengan rakyat setempat, satu majlis tahlil telah diadakan diketuai oleh Pengarah MTD Ustaz Zulkifli Yacob.

Wakil penduduk Kg Bekok juga telah mengambil kesempatan mengadu masalah kepada wakil-wakil rakyat. Mereka memerlukan perahu atau motobot untuk menghadapi setiap kali musim tengkujuh. Setiap tahun kampung ini akan menjadi pulau apabila berlakunya musim tengkujuh. YB Parlimen bersedia membantu untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Persiapan majlis berbuka puasa anjuran MTD Guchil di hadapan Madrasah Kg Bekok








Tiada ulasan:

Catat Ulasan