Khamis, 11 Jun 2009

Selatan Thailand bergolak lagi

Peristiwa Takbai, ratusan umat muslim yang sedang berpuasa di bantai oleh tentara Thai

Apa yang di buat oleh Indonesia , Malaysia dan OIC, demikian keluhan mereka rakyat Patani yang terjajah, mereka mengharapkan sekali peranan dari Indonesia sebagai negara muslim, begitu pun Malaysia negara yang bersempadan langsung dengan Thailand Selatan, hal pembantaian di masjid bukan lah ini yang pertama kali, tahun 2004 puluhan orang terkorban di masjid kresik Patani, belum lagi hilang dalam ingatan pembunuhan di Takbai disaat umat Muslim sedang berpuasa.

Dibawah ini kami kutip langsung dari http://patanikini.com

Ketika Abhisit vejjajiva melawat Putra Jaya dan cuba meyakinkan Malaysia bahawa kerajaan Thailand telah mengubah sikap dan cuba berbaik-baik dengan anak jajahnya Patani Darussalam. Di samping itu pihak tenteranya telah menjalankan kerja ganas yang menjadi kebiasaan harian mereka.

Masjid Al furqon, di Masjid ini lah pembantaian itu berlangsung

Masjid Al furqon, di Masjid ini lah pembantaian itu berlangsung

10 orang penduduk kampung air tempayan,bechah airong (choairong) telah dibunuh dan lebih sepuluh lagi cedera parah ketika mengadakan solat jemaah isya didalam masjid dua hari yang lalu !!!!! baca juga ini

Walaupun mereka cuba mereka-reka cerita mengakata kan para pejuang yang menembak orang sendiri tapi masyarakat tempatan dan seluruh umat islam Patani dengan jelas mengetahui bahawa tentera penjajah Thai lah yang melaku kan pembunuhan beramai-ramai itu.

Kekejaman saperti ini adalah routin harian mereka apabila mereka kecewa tak dapat membalas tindakan pejuang-pejuang keatas tentera mereka.

patani2

Kejadian ini adalah menjadi satu lagi bukti bahawa penyelesaian dan kedamaian yang dilaung-laung kan oleh penjajah Thai adalah satu sandiwara lapok yang sentiasa dimainkan untuk mengeliru dan membohongi pentadbiran Malaysia, Indonesia dan OIC. Dan penerima-penerima ini sentiasa mempercayai drama Thailand itu.

Persidangan OIC baru sahaja selesai di Damascus, Syria dengan memberi seribu harapan kapada sebahagian pemimpin pejuang Patani bahawa satu hari nanti (apabila diberi taraf pemerhati oleh OIC) badan Dunia ini akan menyelesaikan masaalah mereka. Pihak berkuasa Malaysia pun sebelum ini sering (dengan kerjasama setengah-setengah pemimpin pertubuhan pembebasan Patani) memujuk dan mendesak pejuang-pejuang supaya menghentikan kebangkitan dan perjuangan bersenjata dan memulakan rundingan damai. Setakat ini hanya disambut positif oleh kumpulan-kumpulan yang tidak berminat untuk meneruskan gerakan kebangkitan lagi.

Kenapa harus kita percaya pada OIC yang telah memberi ruang kapada penjajah Siam sebagai taraf pemerhati sedang umat Islam Patani dianak tirikan!!!!

Pembunuhan kejam keatas umat islam di masjid Al-furqan ini menutup segala harapan yang ada untuk penyelesaian damai. Perjuangan bersenjata akan di teruskan dengan bergantung pada pertulungan Allah swt semata (kerana Negara jiran hanya berminat untuk mengorek minyak dan gas Patani sahaja!!). Jika peristiwa ini tidak menjadi pembuka mata kapada pentadbiran Malaysia dan Indonesia maka peluang untuk membantu ugama dan anak bangsa sendiri akan terlepas untuk jangka masa yang lama.Ini bukan amaran terakhir tapi peringatan ulangan!!! Kesediaan untuk berunding bukan bermakna mesti mengadakan gencatan senjata.Kerana jika kita berurusan dengan penjajah Thai perjanjian adalah menjadi alasan untuk mereka berbohong.

Ketika Sorayud (kerajaan kudita yang lalu) mula-mula menjadi Perdana Menteri beliau telah menangis didepan rakyat Patani dan meminta maaf diatas kejadian pembunuhan beramai-ramai di Tabal dan masjid kerisik 2004! Beliau juga berjanji untuk menyiasat dan membawa ka pengadilan keatas orang-orang yang bertanggung jawab mengarah pembunuhan tersebut. Tetapi pada 29hb mei 2009 mahkamah awam di Senggora telah memutuskan bahawa tidak ada siapa-siapa pun yang bersalah dalam peristiwa pembunuhan Tabal dan masjid kerisik !!!!!. Beginilah caranya penjajah Siam sering mempermain kan dunia luar terutama OIC dan pentadbiran Malaysia.

Sekarang ini kita berhadapan dengan situasi yang paling kritikal. Kemarahan umat Islam Patani sudah meluap-luap. Kalau dahulu para Mujahidin bertindak mengikut garisan yang ditetapkan oleh pimpinan dan majlis syura Ulama. Tapi kini adalah dibimbangi rakyat Patani akan mengambil tindakan melulu tanpa mengambil nasihat dari pimpinan. Dan untuk memburukan lagi suasana munkin pihak tentera Thai akan mengambil kesempatan dari suasana ini.

Untuk pengetahuan pembaca dari luar Patani. Tentera Thai ini sering menciptakan suasana palsu di selatan demi menekan kerajaan Bangkok menambah peruntukan perang. Wang ini kebanyakannya di songelap oleh Jenderal-Jenderal berkenaan.

Pejuangan umat Islam Patani adalah perjuangan yang paling sukar dan rumit didunia. Kalau dibanding kan dengan perjuangan rakyat Palestine mereka disokong oleh seluruh Negara-negara Arab, seluruh Negara-negara Islam dan sebahagian dunia barat. Mereka mendapat bantuan kewangan dari segenap pelusuk Negara-negara penyokong. Tapi sebaliknya perjuangan Patani yang insiden-insiden nya sekarang lebih intense dari Iraq tidak di bela oleh bangsa sendiri saperti Malaysia, Indonesia dan Brunai Darusssalam. Tidak di sokong oleh Negara-negara Islam dunia kecuali satu dua simpati.

Bahkan kalau di Malaysia ini sebahagian pejuang dilayan mengikut selera dan arahan penjajah Thai.

Sudah banyak kali peristiwa penangkapan pejuang-pejuang Patani yang dijalan kan atas kerjasama Polis Malaysia dan polis Thai. Beberapa orang pejuang saperti assyahid saudara tengku Ismail dan Assyahid saudara Nasir yang ditangkap dikediaman mereka diMalaysia dengan kerjasama Polis Malaysia dan bila masuk kaBumi Patani sahaja di bunuh dengan kejam. Kemudian pihak penjajah Thai meletakkan senjata disisi mereka untuk ditonjolkan dan talivisyen!!!!!

Wahai umat Islam dimana sahaja berada. Percaya lah ‘bila Allah melarang kita mengambil orang-orang kafir sebagai kawan dengan meninggalkan saudara Islam maka jika kita melanggar perintah ini tunggulah balasan Allah!!!!! ‘.

Ini seruan jihad fisabillillah . Bukan sahaja untuk Patani bahkan untuk umat Islam yang masih dibelenggu kegelapan.

ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD

Rabu, 10 Jun 2009

Majlis Pelancaran Serentak Gerakkerja UPU N41 Dun Manek Urai


Ustaz Zamzuri Mat Lazim, adakah akan terpilih?
















Dari bawah Ustaz Awang Senik Awang Hamat ,Dato W Rahim dan Tn Hj Che Pa Mahmood




Malam ini telah di adakan majlis pelancaran gerakkerja Upu N41 Dun Manek Urai yang diadakan secara serentak di sembilan bilik gerakan UPU masing-masing. Sembilan UPU tersebut ialah Sungai Peria, Temalir, Sungai Sok, Chuchuh Puteri, Lata Rek, Lakloh, Manjor, Manek Urai Baru, dan Manek Urai Lama.

Di UPU Sungai Peria bertempat di Markasnya, majlis perlancaran disempurnakan oleh YB Dato Haji Wan Rahim b Wan Abdullah, Ahli Parlimen Kota Bharu. Selain dari pertugas UPU Sungai Peria yang diketuai oleh Ustaz Awang Senik Awang Hamat, turut hadir ialah Wakil dari Pas Kawasan iaitu Tn Hj Che Pa b Mahmood dan Ustaz Ismail Nara, AJK Pas kawasan dan anak tempatan Ustaz Zamzuri Mat Lazim. Kawasan -kawasan luar yang di tempatkan di sini ialah PAS Kawasan Kota Bharu, MTD Guchil dan MTD Mengkebang, Negeri Kedah dan Pulau Pinang. Masing-masing menghantar wakilnya. Dianggarkan lebih 100 orang pertugas berhimpun pada malam ini.

Turut hadhir ialah YB Puan Rohani Ketua Muslimat Kota Bharu dan AJKnya. Ketua Muslimat Kuala Krai Puan Norizan dan beberapa AJKnya. majlis bermula dengan sembahyang Isya berjemaah yang di imamkan oleh Ustaz Ismail Nara dan selepas itu diadakan sembahyang hajat. Selepas Makan, Majlis ucapan telah dilangsungkan.

Sebagai mewakili Pas Kawasan Tn Hj Che Pa Mahmood telah mengingatkan kembali sejarah perjuangan PAS dalam liku-liku perjalanan dari pengalamannya. Beliau mahukan PRK Manek Urai kali ini sebagai kubur tempat bersemadinya UMNO dan menjadi lipatan sejarah. Ucapan Tn Hj Che Pa yang penuh bersemangat itu telah disambut dengan laungan takbir beberapa kali oleh mereka yang hadir.

Yb Dato Wan Rahim dalam ucapan pelancarannya telah mengingatkan kembali tentang kepintaran YAB Tok Guru dalam mentadbir kerajaan negeri Kelantan. Beliau yang melihat dari dekat perjalanan hidup YAB Tok Guru selama hampir 30 tahun mengatakan tidak ramai pemimpin-pemimpin Pas seperti YAB Tok Guru. Oleh itu beliau mengajak hadirin semua mestilah akur kepada beliau. Majlis berakhir jam 11.00 malam.

Selasa, 9 Jun 2009

AWAS UMNO BELI KAD PENGENALAN

Awas, sindiket cari kad pengenalan pengundi di Manek Urai

Awas jaga kad pengenalan anda. Itu pesanan disampaikan PAS kawasan ini kepada pengundi di Dun Manek Urai berikutan ada pihak cuba mendapatkan kad pengenalan penduduk.

Menurut penduduk pihak tertentu yang didalangi parti politik dengan kerjasama agensi kerajaan persekutuan datang ke rumah mereka bagi mendapatkan nombor kad pengenalan.

Kejadian itu disedari berlaku di beberapa kampung termasuk Chuchuh Puteri, Sungai Sok, Sungai Peria dan Lata Rek.

Anggota jawatankuasa PAS Kuala Krai, Ustaz Zamzuri Mat Lazim berkata, penduduk mengadu kepadanya rumah mereka didatangi orang tertentu bagi mendapatkan nombor kad pengenalan.

“Penduduk menjadi serba salah kerana orang terbabit memberitahu mereka datang dari agensi tertentu di bawah kerajaan persekutuan,” katanya di sini.

Beliau yang juga bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Krai berkata, PAS kawasan terbabit menasihatkan penduduk tidak menyerah kad pengenalan mereka kepada orang yang tidak dikenali biar pun mengaku dari agensi kerajaan.

Kata beliau sindiket seperti itu biasa berlaku pada pilihan raya kecil seperti di Pengkalan Pasir sebelum ini.

Beliau juga mendakwa penduduk sudah memberitahu pihak polis mengenai perkara tersebut.

“Saya berharap pihak keselamatan mengambil tindakan sewajarnya. Kita bimbang sekiranya ada penduduk menyerah kad pengenalan mereka tidak dapat keluar mengundi pada 14 Julai depan,” katanya.

Beliau juga percaya pelbagai usaha dilakukan pihak lawan bagi merampas Dun Manek Urai biar pun kaedah yang digunakan bertentangan dengan peraturan.


AKIM...
Umno akan beli kad pengenalan untuk tempoh dua hari untuk diberi pada orang barat(Thailand) yang dikumpulkan oleh PPM Peria yang asal Thailand tu. Puak ni lah yang akan keluar mengundi. 200 orang di UPU Peria.

Promote diri sendiri adanya..

Manek Urai: Sukarnya nak cari calon UMNO yang sesuai??

bm version kerusi dun manek urai 220509Beberapa nama pemimpin Umno bahagian Kuala Krai yang disebut-sebut bakal dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai bulan depan, tidak disenangi ahli dan penyokong Umno, dakwa bekas ADUN BN, Zulkepli Omar.

Beliau mendakwa, mereka termasuklah ketua bahagian, Datuk Ramzi Abdul Rahman; naib ketua bahagian, Che Jalal Muda dan ketua Wanita, Rohani Abdul Majid.

Zulkepli adalah calon BN dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008. Beliau memenangi kerusi tersebut pada 2004 dengan majoriti 53 undi sahaja.

Bagaimanapun, dalam pilihanraya umum 2008 beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut yang dimenangi oleh calon PAS, Ismail Yaacob dengan majoriti 1,352 undi.

Kerusi tersebut kosong berikutan kematian Ismail bulan lalu kerana sakit jantung. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai penamaan calon dan pengundian pada 14 Julai.

Zulkifli mendakwa, ketiga-tiga mereka tidak digemari oleh ahli dan pengundi Manek Urai sendiri.

“Datuk Ramzi, walaupun menang tanpa bertanding jawatan ketua Umno bahagian dalam pemilihan lalu, tetapi banyak cawangan Umno tidak senang dengannya,” kata Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini

Sebaliknya, beliau mendakwa, Ramzi yang menyebabkan cawangan-cawangan Umno tidak dapat mencalonkan pemimpin lain untuk mencabarnya.

‘Calon wanita tak sesuai’

Manakala Che Jalal pula, dakwa Zulkifli, dilabelkan sebagai pemimpin yang tidak turun ke bawah menemui penduduk setempat.

Katanya, kalau tidak menemui pengundi bagaimana hendak mendapatkan sokongan mereka.

Manakala Rohani pula, kata Zulkifli, tidak mempunyai penyokong dan umurnya pula sudah menjangkau 68 tahun.

Katanya, jika Rohani dipilih sebagai calon BN, ia umpama memberi kemenangan percuma kepada pembangkang.

“Tetapi kalau dia kata hendak bertanding di Manek Urai, tak apalah itu hak dia.

“Apapun wanita tidak sesuai bertanding di Manek Urai. Ini kubu PAS dan kawasan kampung dan banyak ladang pula,” katanya.

Rohani sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut 14 April depan.

AKIM....

Cara pemimpin UMNO yang sorang ni melobi diri sendiri dengan mempelekehkan kawan-kawan dalam parti yang sama dengan tujuan menunjukkan bahawa dialah yang selayaknya diletakkan sebagai calon UBN Manek Urai. Kalau semua yang disebut oleh Zulkepli itu tidak layak, nampaknya hanya beliau sahajalah yang layak. Itu maksud sebenar beliau. Takkan pemimpin Umno Kelantan tak faham pulak…TAK PAYAH_PAYAH BERTANDING LA UMENO kalau dok berebut gak.

Khamis, 4 Jun 2009

Pelancaran Bilik Gerakan UPU Peria

YB Dato Haji Wan Rahim W Abdullah dan YB
En N Gobalakrisnan MP Bagan Serai Perak sebagai Penceramah utama.









Yusuf Kadir Atau Yusuf Toko bekas AJK Umno Kuala Krai menyampaikan ceramahnya.




YB Dato Hj Wan Rahim W Abdullah menyampaikan ceramah dan merasmikan bilik gerakan UPU Peria.




















YB Dato bersama suami Penghulu Tanpa Mukim wanita Dun Mengkebang


Penyampaian Hadiah kepada pemenang pertandingan sukan oleh YB Dato W Rahim





Suasana Orangramai yang hadir