Rabu, 24 Jun 2009

Adakah Ini Bakal Calun PAS N41 Dun Manek Urai?

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pusat PAS yang mengadakan mesyuarat khas malam tadi telah memutuskan calonnya yang bakal bertanding pilihan raya kecil kerusi Manek Urai bulan depan.

Calon berkenaan, penduduk tempatan dari bahagian Kuala Krai, akan diumumkan Jumaat ini.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, PAS Kelantan telah menyerahkan tiga nama manakala Dewan Muslimat pula telah mengesyorkan satu nama kalangan wanita.

"Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) telah memaklumkan nama calon-calon berkenaan malam tadi dan disahkan untuk dipilih sebagai calon PAS bertanding di Manek Urai," kata beliau ketika dihubungi.

Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan enggan menyatakan nama-nama yang diketengahkan malam tadi.

Difahamkan usahawan perikanan Fauzi Abdullah yang juga pemimpin PAS Kuala Krai bakal mewakili parti itu kali ini.

Pilihan raya kecil diadakan disebabkan kekosongan ekoran kematian penyandang kerusi itu dari PAS.

Penamaan calon akan diadakan 6 Julai dan jika ada pertandingan, pengundian dijadual 14 Julai. - sumber mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan