Pas dan um NO belum lagi membuat pengistiharan calun. Masing-masing mempunyai tektik tersendiri. Um NO terpaksa menyembunyikan calun pilihan mereka, mereka bukan takut pada parti PAS dalam hal calun ini, kerana bagi penyokong PAS siapapun calun um NO adalah orang yang terbabit dengan salahlaku yang serius disamping tidak mendokong perjuangan islam. Tetapi buat masa ini
um NO terpaksa menyembunyikan calun mereka atas beberapa sebab.
Cah keting adalah sesuatu yang biasa dalam um NO. Jika naik seseorang calun, maka sudah tentu kem yang lain-lain akan mengamuk dan beronar. Mereka bukan saja tidak bekerja untuk parti tetapi akan sedaya upaya mempengaruhi penyokong mereka supaya mengundi calun lawan.
Calun um NO jika diistiharkan awal,maka akan berduyun-duyunlah ahli-ahli parti datang minta upah untuk kerja. Kerja tampal bendera, belanja makan laksa, membaiki madrasah(walaupun orang lain yang mengistiharkan), bantuan kepada yang sakit dan sebagainya. sebab itulah ahli-ahli um NO tempatan mendesak supaya nama calun segera diistiharkan oleh pucuk pimpinan parti.
Keadaan ini terjadi kerana ada antara beberapa tokoh tempatan dalam keadaan teragak-agak untuk mengeluarkan belanja kepada jentera parti. Andainya aku mengeluarkan belanja tetapi calun yang lain naik. Maka jadi bodohlah aku.
Mohd Zulkifli Omar bekas Adun um NO seperti yang dilapurkan berkata tidak ada calun yang layak bertanding di Manek Urai. Seseorang calun itu katanya mestilah yang tinggal di Dun Manek Urai. Pn Rohani Majid ketua Wanita um NO Kuala Krai walaupun tinggal di Manek Urai tetapi sudah lanjut usianya. Nama-nama lain yang disebut-sebut adalah orang luar Manek Urai.
Mengikut ramalan dan kajian serta sumber yang didapati oleh penulis, Nama Tuan Aziz Tuan Mat merupakan calun yang bakal dipertaruhkan oleh um NO. Walaupun berasal dari Guchil dan tidak mesra rakyat tetapi beberapa kreteria nampaknya adalah memihak kepada beliau.
Tuan Aziz adalah Ketua Pemuda um NO Kuala Krai dan merupakan Pegawai Kesedar di Pejabat Kesedar Gua Musang yang bergaji besar . Walaupun dikatakan tidak bersefahaman dengan Dato Ramzi tetapi mempunyai hubungan yang baik dengan Dato Fahmi iaitu setiausaha politik PM Najib.
Menurut sumber jika Tuan Aziz dipilih, semua jentera KESEDAR dan peruntukkannya akan digerakkan sepenuhnya dan perkara ini akan berlawanan jika Jalal, Zulkifli atau Rohani yang dipilih. (Kesian mereka ini yang bekerja bermati-matian di kampung untuk menghalang um NO dari mati)
Menurut sumber itu lagi. Tuan Aziz akan mendapat sokongan dan kerjasama sepenuhnya dari penyokong-penyokong Dato Wan Zaid iaitu bekas Ketua bahagian Kuala Krai yang diketepikan oleh Dato Ramzi baru-baru ini.
Bagaimana pula dengan calun lain jika Tuan Aziz dipilih? Zulkifli Omar yang menyiapkan rumahnya di Cabang Tiga Sungai Sok semata-mata untuk berkhidmat kepada penduduk Manek Urai dan menjadi pemimpin de facto di situ pastinya akan kecewa. Sudah tentulah beliau dan Jalal serta Rohani kiranya akan disogok habuan yang berbaloi untuk menutup mulut. Apa lagi yang Zulkifli mahu?.
Masalah yang terbesar ialah Ketua bahagian sekarang iaitu Dato Ramzi. Kroni Pak Lah ini pasti berada dalam kelemasan. Masa depannya pasti hanyut jika ditakdirkan Tuan Aziz menang. Tuan Aziz akan mengambil peluang mengembangkan sayapnya dengan bantuan Dato Wan Zaid dan Dato Fahmi. Adakah misi membalas dendam pun bermula?.Di manakah Dato Ramzi akan berkelana? menurut jejak langkah Dato Zaid?.ha..ha..ha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan