Khamis, 11 Jun 2009

Selatan Thailand bergolak lagi

Peristiwa Takbai, ratusan umat muslim yang sedang berpuasa di bantai oleh tentara Thai

Apa yang di buat oleh Indonesia , Malaysia dan OIC, demikian keluhan mereka rakyat Patani yang terjajah, mereka mengharapkan sekali peranan dari Indonesia sebagai negara muslim, begitu pun Malaysia negara yang bersempadan langsung dengan Thailand Selatan, hal pembantaian di masjid bukan lah ini yang pertama kali, tahun 2004 puluhan orang terkorban di masjid kresik Patani, belum lagi hilang dalam ingatan pembunuhan di Takbai disaat umat Muslim sedang berpuasa.

Dibawah ini kami kutip langsung dari http://patanikini.com

Ketika Abhisit vejjajiva melawat Putra Jaya dan cuba meyakinkan Malaysia bahawa kerajaan Thailand telah mengubah sikap dan cuba berbaik-baik dengan anak jajahnya Patani Darussalam. Di samping itu pihak tenteranya telah menjalankan kerja ganas yang menjadi kebiasaan harian mereka.

Masjid Al furqon, di Masjid ini lah pembantaian itu berlangsung

Masjid Al furqon, di Masjid ini lah pembantaian itu berlangsung

10 orang penduduk kampung air tempayan,bechah airong (choairong) telah dibunuh dan lebih sepuluh lagi cedera parah ketika mengadakan solat jemaah isya didalam masjid dua hari yang lalu !!!!! baca juga ini

Walaupun mereka cuba mereka-reka cerita mengakata kan para pejuang yang menembak orang sendiri tapi masyarakat tempatan dan seluruh umat islam Patani dengan jelas mengetahui bahawa tentera penjajah Thai lah yang melaku kan pembunuhan beramai-ramai itu.

Kekejaman saperti ini adalah routin harian mereka apabila mereka kecewa tak dapat membalas tindakan pejuang-pejuang keatas tentera mereka.

patani2

Kejadian ini adalah menjadi satu lagi bukti bahawa penyelesaian dan kedamaian yang dilaung-laung kan oleh penjajah Thai adalah satu sandiwara lapok yang sentiasa dimainkan untuk mengeliru dan membohongi pentadbiran Malaysia, Indonesia dan OIC. Dan penerima-penerima ini sentiasa mempercayai drama Thailand itu.

Persidangan OIC baru sahaja selesai di Damascus, Syria dengan memberi seribu harapan kapada sebahagian pemimpin pejuang Patani bahawa satu hari nanti (apabila diberi taraf pemerhati oleh OIC) badan Dunia ini akan menyelesaikan masaalah mereka. Pihak berkuasa Malaysia pun sebelum ini sering (dengan kerjasama setengah-setengah pemimpin pertubuhan pembebasan Patani) memujuk dan mendesak pejuang-pejuang supaya menghentikan kebangkitan dan perjuangan bersenjata dan memulakan rundingan damai. Setakat ini hanya disambut positif oleh kumpulan-kumpulan yang tidak berminat untuk meneruskan gerakan kebangkitan lagi.

Kenapa harus kita percaya pada OIC yang telah memberi ruang kapada penjajah Siam sebagai taraf pemerhati sedang umat Islam Patani dianak tirikan!!!!

Pembunuhan kejam keatas umat islam di masjid Al-furqan ini menutup segala harapan yang ada untuk penyelesaian damai. Perjuangan bersenjata akan di teruskan dengan bergantung pada pertulungan Allah swt semata (kerana Negara jiran hanya berminat untuk mengorek minyak dan gas Patani sahaja!!). Jika peristiwa ini tidak menjadi pembuka mata kapada pentadbiran Malaysia dan Indonesia maka peluang untuk membantu ugama dan anak bangsa sendiri akan terlepas untuk jangka masa yang lama.Ini bukan amaran terakhir tapi peringatan ulangan!!! Kesediaan untuk berunding bukan bermakna mesti mengadakan gencatan senjata.Kerana jika kita berurusan dengan penjajah Thai perjanjian adalah menjadi alasan untuk mereka berbohong.

Ketika Sorayud (kerajaan kudita yang lalu) mula-mula menjadi Perdana Menteri beliau telah menangis didepan rakyat Patani dan meminta maaf diatas kejadian pembunuhan beramai-ramai di Tabal dan masjid kerisik 2004! Beliau juga berjanji untuk menyiasat dan membawa ka pengadilan keatas orang-orang yang bertanggung jawab mengarah pembunuhan tersebut. Tetapi pada 29hb mei 2009 mahkamah awam di Senggora telah memutuskan bahawa tidak ada siapa-siapa pun yang bersalah dalam peristiwa pembunuhan Tabal dan masjid kerisik !!!!!. Beginilah caranya penjajah Siam sering mempermain kan dunia luar terutama OIC dan pentadbiran Malaysia.

Sekarang ini kita berhadapan dengan situasi yang paling kritikal. Kemarahan umat Islam Patani sudah meluap-luap. Kalau dahulu para Mujahidin bertindak mengikut garisan yang ditetapkan oleh pimpinan dan majlis syura Ulama. Tapi kini adalah dibimbangi rakyat Patani akan mengambil tindakan melulu tanpa mengambil nasihat dari pimpinan. Dan untuk memburukan lagi suasana munkin pihak tentera Thai akan mengambil kesempatan dari suasana ini.

Untuk pengetahuan pembaca dari luar Patani. Tentera Thai ini sering menciptakan suasana palsu di selatan demi menekan kerajaan Bangkok menambah peruntukan perang. Wang ini kebanyakannya di songelap oleh Jenderal-Jenderal berkenaan.

Pejuangan umat Islam Patani adalah perjuangan yang paling sukar dan rumit didunia. Kalau dibanding kan dengan perjuangan rakyat Palestine mereka disokong oleh seluruh Negara-negara Arab, seluruh Negara-negara Islam dan sebahagian dunia barat. Mereka mendapat bantuan kewangan dari segenap pelusuk Negara-negara penyokong. Tapi sebaliknya perjuangan Patani yang insiden-insiden nya sekarang lebih intense dari Iraq tidak di bela oleh bangsa sendiri saperti Malaysia, Indonesia dan Brunai Darusssalam. Tidak di sokong oleh Negara-negara Islam dunia kecuali satu dua simpati.

Bahkan kalau di Malaysia ini sebahagian pejuang dilayan mengikut selera dan arahan penjajah Thai.

Sudah banyak kali peristiwa penangkapan pejuang-pejuang Patani yang dijalan kan atas kerjasama Polis Malaysia dan polis Thai. Beberapa orang pejuang saperti assyahid saudara tengku Ismail dan Assyahid saudara Nasir yang ditangkap dikediaman mereka diMalaysia dengan kerjasama Polis Malaysia dan bila masuk kaBumi Patani sahaja di bunuh dengan kejam. Kemudian pihak penjajah Thai meletakkan senjata disisi mereka untuk ditonjolkan dan talivisyen!!!!!

Wahai umat Islam dimana sahaja berada. Percaya lah ‘bila Allah melarang kita mengambil orang-orang kafir sebagai kawan dengan meninggalkan saudara Islam maka jika kita melanggar perintah ini tunggulah balasan Allah!!!!! ‘.

Ini seruan jihad fisabillillah . Bukan sahaja untuk Patani bahkan untuk umat Islam yang masih dibelenggu kegelapan.

ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan