Ahad, 14 Jun 2009

PEMIMPIN UMNO LA,,,,

MRR2: Senator antara tiga disiasat SPRM

KUALA LUMPUR: Seorang senator antara tiga ahli politik Umno yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan kes rasuah berhubung pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Ketiga-tiga mereka memegang jawatan penting dalam parti di peringkat negeri disoal-siasat pasukan petugas khas SPRM.

Dua daripada mereka dikatakan sebagai pemimpin bahagian manakala seorang lagi menjawat jawatan bendahari bahagian.

Mereka ialah antara beberapa individu yang disiasat berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan pengambilalihan projek berkenaan oleh satu syarikat daripada syarikat lain.

Sumber mengatakan penyiasatan terhadap tiga ahli politik berkenaan adalah berkaitan penerimaan wang lebih daripada RM3 juta daripada syarikat yang mengambil alih projek yang hampir siap.

Keputusan sama ada untuk mendakwa mereka atau sebaliknya akan dibuat dalam masa 48 jam.

Jelas sumber berkenaan, kertas siasatan telah diserahkan kepada Pengarah SPRM untuk menentukan keputusannya.

MRR2 merupakan projek Kerajaan Persekutuan bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.-sumber MSTAR

1 ulasan:

  1. salam tuan tanah !

    bakpo tuka gamba demo di profile tu ?, ambo tau doh demo oghe zulkifli yaakob, maah deh slogho jah !.

    BalasPadam