Khamis, 18 Jun 2009

Bulan Sedang mengambang di UPU Peria





Bulan Purnama mula mencerahi bumi DUN Manek Urai secara besar-besaran. Sempena PRK N41 Manek Urai ini nampaknya Parti Pas sedang mendahului um NO dalam gerakkerja kempen. Ini mengambarkan perpaduan yang sangat erat di kalangan ahli Pas di kawasan kubu terkuat Pas Malaysia itu. Ahli PAS Manek Urai bersepakat tentang kerajaan perpaduan. Bagi mereka tiada perpaduan dengan um NO. um NO adalah parti yang sejahat-jahatnya. Pembuli rakyat nombor wahid. Rakyat Manek Urai sedar um NO sedang dalam keadaan nazak dan kelemasan. Jangan cuba nak hulur-hulurkan ranting kayu. Biarlah namanya akan menjadi kenangan dalam lipatan sejarah. PRK Manek Urai menjadi kuburnya.

Poster Dato Tuan Guru Nik Ab Aziz mengalu-alukan kedatangan pertugas terpampang di pintu masuk DUN Manek Urai iaitu di cawangan Lepan Kabu Pahi. Cawangan ini mempunyai 392 pengundi dan cawangannya diketuai oleh En Abidin. Pengundi dan penempatan pengundi yang berterabur. MTD Guchil di bawah kendalian Penghulu Mukim Pahi iaitu En Ahmad Ariffin ditugaskan sepenuh masa membantu cawangan ini. Melalui pemerhatian yang telah dibuat, Adalah amat berpuashati dengan gerakkerja yang dilaksanakan oleh mereka.

Manakala di Peria, Pusat tumpuan Jentera um NO melalui Kesedarnya dikatakan cuba untuk memancing pemuda-pemuda di situ dengan aktiviti sukan dan ceramah kelompok. Beberapa nama pemuda telah dikenalpasti oleh jentera pemerhati untuk serangan balas yang jitu.

Bulan yang mengambang besar,terbesar setakat ini di Dun Manek Urai yang dinaikkan petang ini di hadapan rumah Saimi Peria melambangkan perpaduan yang utuh di kalangan penyokong dan pengundi PAS cawangan Peria. Gerak saraf yang terhebat ini telah mematikan seketika langkah gerakkerja um NO.

Manakala di Sungai Sok, Chuchuh Puteri dan Lata Rek, Jentera parti sedang mendahului
um NO seratus peratus. Isu Madrasah Chatel melingkup mereka sendiri.

um NO yang mensasarkan 6000 pengundi .Mereka sedang bergerak secara senyap. Dengan menggunakan sepenuhnya kumpulan 10 dan sistem petak-petak mereka dan bantuan material yang berlambak-lambak. Tektik PRU 2004 ini dijangka kononnya bakal memberi kemenangan. Tanpa mereka menyedari yang akhirnya duit habis, malu boleh dijangka berlaku ke atas mereka. kesian.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan