Kak Ni Ketua wanita Umno yang dikenali ramai oleh masyarakat Dun Manek Urai
Barisan Nasional (BN) diminta mempercepatkan pengumuman calonnya bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai bagi memudahkan persiapan untuk menghadapinya.
Ketika membuat gesaan itu, Ketua Wanita Umno bahagian Manek Urai, Rohani Abdul Majid berkata, walaupun banyak mesyuarat diadakan, tetapi isu siapa calon BN belum disentuh.
"Lagi cepat lagi bagus, supaya orang Manek Urai tidak membuat teka teki mengenai calon BN," kata ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
"Paling lambat kena buat seminggu sebelum hari penamaan calon.
"Kerana belum ada calon, masing-masing sekadar mahu menunggu siapakah yang diumumkan menjadi calon BN," katanya lagi.
Rohani berkata, sehingga hari ini, Umno bahagian Kuala Krai belum membincangkan mengenai calon yang akan bertanding di Manek Urai.
Beberapa nama pemimpin tempatan telah disebut-sebut mungkin dipilih menjadi calon BN di Manek Urai. -ihsan malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan