Khamis, 25 Jun 2009

AJK PAS KAWASAN KUALA KRAI MESYUARAT SEMULA

PAS Kuala Krai mesyuarat semula pilih calon
Muda Mohd Noor | Jun 24, 09 5:43pm
Dua hari lalu, mesyuarat ahli jawatankuasa
PAS kawasan Kuala Krai bersetuju memilih
bendahari kawasan itu, Fauzi Abdullah untuk dicadangkan kepada pucuk pimpinan
untuk
bertanding dalam pilihanraya kecil DUN
Manek Urai bulan depan.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu,
ada di kalangan ahli jawatan terbabit
'menukar fikiran' dan mahu calon lain
dipertimbangkan untuk bertanding di situ.

Berikutan itu, PAS kawasan Kuala Krai
terpaksa mengadakan mesyuarat sekali lagi -
dijangka esok, sehari sebelum pengumuman
Jumaat ini - untuk memilih semula calon untuk dicadangkan kepada PAS pusat.

Menurut seorang ahli jawatan PAS
kawasan itu, Zulkifli Yaacob, dalam
mesyuarat dua hari lalu, dua nama - Fauzi
dan beliau sendiri - telah dicadangkan untuk
menjadi calon PAS di Manek Urai.

Bagaimanapun, katanya, beliau menarik
dan diri dan mesyuarat memutuskan untuk mencadangkan nama Fauzi untuk
pertimbangan PAS pusat.

Namun begitu, kaktanya, tidak lama selepas
keputusan itu dibuat, ada beberapa
ahli jawatankuasa yang kurang setuju dengan
pemilihan Fauzi dan mahu beberapa nama
lain diteliti untuk dipertimbangkan.

"Yang dipertua PAS kawasan, Abdul Latif
Abdul Rahman menelefon saya meminta
pendapat mengenai calon yang sesuai untuk
DUN Manek Urai.

Tambah dua nama lagi


"Saya mencadangkan nama Mohd Zamzuri
Mat Lazim - bekas calon PAS yang kalah
DUN Manek Urai dalam pilihanraya umum
tahun 2004," katanya.

Zulkifli berkata, Abdul Latif juga bertanya
kepadanya sama ada akan timbul masalah
jika Zamzuri dipilih menjadi calon PAS
Manek Urai.

"Saya kata, kita akan selesaikan masalah
itu secepat mungkin," katanya tetapi enggan menyatakan apakah masalah tersebut.

Selain Zamzuri, katanya, nama setiausaha
PAS kawasan Kuala Krai, Mohamad Harun,
turut dimasukkan dalam senarai baru itu
yang akan dibincangkan dalam mesyuarat
berkenaan, yang dijangka diadakan esok.

Menurutnya, PAS akan mengumumkan nama
calonnya bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai,
dalam satu majlis pada Jumaat malam ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz
Nik Mat yang juga menteri besar Kelantan,
dijangka hadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan