Selasa, 11 Ogos 2009

Jamuan Kesyukuran PAS Cawangan Tualang


Majlis kesyukuran PAS Cawangan Tualang telah di adakan baru-baru ini. Majlis kesyukuran itu adalah bersempena pelantikan AJK PAS Kawasan Kuala Krai dan pelantikan AJK MTD Guchil yang baru. Majlis itu juga sempena dengan keberangkatan Pemangku Timbalan YDP Pas Kawasan Kuala Krai. Haji Ismail Jalil menunaikan umrah dan ibadah Haji pada keesokkannya. Begitu juga dengan pembedahan Tulang belakang AJK Pas Kawasan Tn Hj Che Pa Muhammad. Tn Hj Che Pa akan menjalani pembedahan pada 15 ogos ini. Turut hadhir pada majlis itu ialah YDP Pas Kawasan Yb.Ustaz Hj Abdul Latiff, Yb Tuan Zamri Tuan Arif dan Hj Zulkifli Yaacob Pengarah MTD Guchil yang baru. Majlis dimulakan dengan sembahyang hajat memohon keberkatan,keselamatan dan kejayaan. Selepas itu acara ucapan telah dibuat oleh dhif-dhif jemputan dan seterusnya majlis diakhiri dengan makan malam.

Ahad, 9 Ogos 2009

AJK MTD GUCHIL



Pengarah: Ustaz Haji Zulkifli Yaacob
Timb.Pengarah 1 : Tn Hj Ismail b Abdul Jalil
Timb.Pengarah 2 : Tn Hj. Ismail Yaacob
Timbalan Pengarah 3 : En Ismail Muhammad
Timbalan Pengarah 4 : Hjh. Ishah bt Ahmad Mokhtar


Setiausaha : Tn Hj Ismail Abdul Jalil
Pen, Setiausaha 1 : En.Mohd Fariduddin Razali
Pen. Setiausaha 2 : En Ab Rahim b Salleh
Pen. Setiausaha 3 : En Kamal Azmi b Jaffar

Bendahari : Tn Hj Mustapha@Che Pa b
Mohammad

Ketua Ulamak : Ust Yahya b Ismail
Ketua Penerangan : Us Zaki b Idris
Ketua Bilik Gerakan : En Mohd Rawi b Abdullah
Ketua Daftar Pemilih : En Razali b Ibrahim

Ketua Penculaan : En Ahmad b Ariffin
Ketua Urusan 10 : En Nik Mohammad Nik Hassan

Ketua Keselamatan : Che Abdullah b Mat

Ketua Penyelidikan dan Saraf : En Nor Asmadi bin Yusof

Ketua Hubungan Kaum : En Juhan An Juan b Abdullah

Ketua Urusan Pengundi Muda : En Suhaimi b Ramli
Ketua Unit IT : En Kamal Azmi b Jaffar
Ketua Peralatan : En Mat Zin b Ab Wahab

AJK

Tn Hj Mohammad b Saad
En Razak b Taib
En Zahari b Razak
En Mohd Ashor b Yusof
En Mohd Noor b Hussin

En Ishak
En Mat Zul
Rosmah bt Abdullah

Sabtu, 8 Ogos 2009

Mesyuarat Pertama MTD Guchil 2009

Hari ini MTD Guchil mengadakan Mesyuarat pertamanya di bawah pengarah yang baru iaitu Ustaz Haji Zulkifli Yaacob. Mesyuarat yang bermula jam 5.00 petang itu bertempat di Pejabat MTD Guchil Masjid AL Jauhar.
Dalam ucapan alu-aluannya Ustaz Haji Zulkifli mahu anggota-anggota MTD yang telah dilantik ini berkerja bersungguh-sungguh demi kecemerlangan PAS DUN Guchil. Beliau juga memohon ditegur jika di bawah pentadbirannya ini ada sesuatu yang tidak kena di mata ahli.Berkenaan perlantikan AJL MTD beliau memberitahu terdapat sedikit perubahan sesuai dengan perlantikan pengarah yang baru.
Dalam mesyuarat ini banyak agenda yang telah dibincangkan, demi memartabatkan MTD Guchil.Antaranya
- Pembinaan masjid Aljauhar yang baru
- Menambahkan ahli dan cawangan
-Program tadarus dan berbuka puasa di bulan Ramashan
-Masalah kifalah dan Armalah
-Pembelian van untuk kemudahan ahli
-Program pembahagian zakat
-Laptob untuk setiausaha
-Laman blog MTD Guchil
-Program Pemukimam/ perkampungan AJK MTD
-Gotong-royong memperkemaskan pejabat MTD


Penakutnya Sang Wartawan

Bila Mat Sabun Di Bawa Belayar

7 08 2009

kosmo

Penakutnya wartawan yang seorang nih. Kalau macam tu lebih baik dok dalam pejabat. Buat kerja-kerja pejabat. Tu belum lagi di arah buat liputan di medan perang. Rasanya terkencing .

Sabtu, 1 Ogos 2009

TAHNIAH US ZUL YACOB : SIREH PULANG KE GANGGANG


Ustaz Haji Zulkifli b Yaacob telah dilantik sebagai Pengerusi MTD merangkap Penyelia Dun Guchil bermula hari ini. Perlantikan itu telah diputuskan oleh Mesyuarat Harian dan Mesyuarat AJK Pas Kawasan Kuala Krai petang tadi bertempat di Markas Pas Kawasan Kuala Krai Sungai Durian. Pendokong-pedokong PAS di MTD Guchil amat mengalu-alukan perlantikan beliau itu ibarat sirih pulang ke ganggang. Perlantikan ini dibuat sebagai mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohd Fauzi Abdullah yang telah menjadi ADUN Manek Urai. Apa-apa pun diucapkan tahniah kepada Ustaz Haji Zulkifli di atas perlantikan itu.

Di sini dipaparkan serba sedikit biodata dan pengalaman beliau :
-Dilahirkan 10 Mei 1963

-Bekas Adun Guchil 1999-2004
-Bekas Exco Dewan Pemuda Pas Pusat 1995-2005

-Bekas AJK Dewan Pemuda Pas Kelantan 1994-2003
-Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan 2003-2005
-Bekas Ketua Pemuda Pas Kawasan Kuala Krai 2003-2005
-Bekas Pegawai Penerangan Pas Kelantan

-Ahli lembaga kumpulan perkayuan kelantan 2000-2002
-Chairman Prokel Manegement 2002-2004
-Chairman Kumpulan pertanian Kelantan Berhad 2005
-Ahli lembaga Syarikat Ladang Sungai Terah 2006-2009


NGO
-Ydp PIBG Sek Keb Banggol Guchil 2001-sekarang
-Ydp Pibg Maahad Rahmaniah Kuala Krai 2005-sekarang
-Ydp Pibg Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah 2007-2009
-Penaung Persatuan Kereta sewa Kuala Krai 2006-sekarang


Kelulusan
BA hons Universiti AL Azhar Mesir dalam jurusan usuluddin


Pengalaman yang tidak boleh dilupakan
-Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 1991-1992
-Kuliah mingguan jumaat di Pejabat Pas Kelantan mengantikan YAB Tuan Guru Nik Ab Aziz sebanyak 23 kali

--Pernah mengantikan ceramah Presiden Pas Dato Hj Fadhil Noor di Muar Johor

Lawatan ke luar negara
-Indonesia 1999 (DPPP)
-Afrika Selatan 1999 (Pas Pusat)
-Vietnam 2000(DPPP)
-United Kingdom bersama Dato Fadhil Noor Presiden PAS 2001(PAS Pusat)
-Jepun 2002(Kerajaan Kelantan)

-AFghanistan 2002(Pas Pusat)
-Lubnan dan Syria 2005(Pas Pusat)
-Mesir 2006(Kerajaan Kelantan)
-United Kingdom 2006 (Kerajaan Kelantan)
-Mesir 2008 (Kerajaan Kelantan)

Persekolahan
-Maahad Muhammadi

Mendapat anugerah dari yayasan islam kelantan sebagai pelajar kedua terbaik STPM Kuliah Usuluddin Seluruh Kelantan.
-Johan Syarahan Belia Seluruh Negeri Kelantan 1980 dan 1981
Mewakili Belia Kelantan ke Kejohanan Syarahan Peringkat Malaysia di Perlis 1982

Pernah berceramah bersama Pimpinan tertinggi PAS sepanjang berkecimpung dalam politik
-YAB Dato Tuan Guru Nik Aziz

-YB Dato Sri Ab Hadi Awang
-YB Nasaruddin Mat Isa

-YB Dato Husam Musa dan lain-lain.

Semoga beliau menggunakan sepenuhnya pengalaman yang telah dikutipnya itu untuk berkhidmat kepada penduduk Guchil dan Kuala Krai amnya.