Sabtu, 8 Ogos 2009

Mesyuarat Pertama MTD Guchil 2009

Hari ini MTD Guchil mengadakan Mesyuarat pertamanya di bawah pengarah yang baru iaitu Ustaz Haji Zulkifli Yaacob. Mesyuarat yang bermula jam 5.00 petang itu bertempat di Pejabat MTD Guchil Masjid AL Jauhar.
Dalam ucapan alu-aluannya Ustaz Haji Zulkifli mahu anggota-anggota MTD yang telah dilantik ini berkerja bersungguh-sungguh demi kecemerlangan PAS DUN Guchil. Beliau juga memohon ditegur jika di bawah pentadbirannya ini ada sesuatu yang tidak kena di mata ahli.Berkenaan perlantikan AJL MTD beliau memberitahu terdapat sedikit perubahan sesuai dengan perlantikan pengarah yang baru.
Dalam mesyuarat ini banyak agenda yang telah dibincangkan, demi memartabatkan MTD Guchil.Antaranya
- Pembinaan masjid Aljauhar yang baru
- Menambahkan ahli dan cawangan
-Program tadarus dan berbuka puasa di bulan Ramashan
-Masalah kifalah dan Armalah
-Pembelian van untuk kemudahan ahli
-Program pembahagian zakat
-Laptob untuk setiausaha
-Laman blog MTD Guchil
-Program Pemukimam/ perkampungan AJK MTD
-Gotong-royong memperkemaskan pejabat MTD


Tiada ulasan:

Catat Ulasan