Sabtu, 15 Ogos 2009

Sukan PASTI Al Ummah Guchil 7, MTD Guchil


Pada hari telah berlangsung sukan PASTI Al Ummah Guchil 7. Ia dirasmikan oleh Pengarah MTD Guchil Ustaz Zulkifli Yaacob. Program ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir tengahari ini bertempat di Padang Awam Guchil 7.

Menurut Pengerusi PASTI Al Ummah, Ustaz Mohammed Isa. Program iniadalah salah satu aktiviti untuk mempromosikan Sekolah Pasti Al Ummah yang sekarang ini mempunyai 25 orang pelajar yang berumur antara 5 dan 6 tahun. Ustaz Mohamad yang sudah lama menerajui Pasti bersama 7 AJKnya , juga merupakan insan yang sangat berjasa dalam menggerakkan sekolah Pasti ini dan telah menyediakan sebuah rumahnya untuk sekolah Pasti ini.

Setiausaha PASTI Al Ummah Ustaz Zaki Idris yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai menjelaskan bahawa sukan hari ini disertai oleh pelajar-pelajar PASTI, murid sekolah rendah dan juga murid sekolah menengah. Semua ibubapa telah sama-sama melibatkan diri dalam menjayakan Sukan ini. Sebanyakkan 17 acara dipertandingkan, manakala cabutan bertuah disediakan dua buah basikal.

Guru Pasti Al Ummah Nik Maskah Ab Kadir berkata Sekolahnya memerlukan beberapa peralatan untuk memantapkan pembangunan PASTI Al Ummah ini seperti bangunan sendiri, Peralatan ICT seperti komputer, LCD dan beberapa keperluan lain. Pihak pengurusan PASTI juga memerlukan tajaan untuk mengadakan aktiviti lawatan.

Dalam reaksi segeranya Pengarah MTD Ustaz Haji Zulkifli Yaacob akan cuba untuk membantu menyelesaikan masalah ini dengan kadar yang termampu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan