Sabtu, 1 Ogos 2009

TAHNIAH US ZUL YACOB : SIREH PULANG KE GANGGANG


Ustaz Haji Zulkifli b Yaacob telah dilantik sebagai Pengerusi MTD merangkap Penyelia Dun Guchil bermula hari ini. Perlantikan itu telah diputuskan oleh Mesyuarat Harian dan Mesyuarat AJK Pas Kawasan Kuala Krai petang tadi bertempat di Markas Pas Kawasan Kuala Krai Sungai Durian. Pendokong-pedokong PAS di MTD Guchil amat mengalu-alukan perlantikan beliau itu ibarat sirih pulang ke ganggang. Perlantikan ini dibuat sebagai mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohd Fauzi Abdullah yang telah menjadi ADUN Manek Urai. Apa-apa pun diucapkan tahniah kepada Ustaz Haji Zulkifli di atas perlantikan itu.

Di sini dipaparkan serba sedikit biodata dan pengalaman beliau :
-Dilahirkan 10 Mei 1963

-Bekas Adun Guchil 1999-2004
-Bekas Exco Dewan Pemuda Pas Pusat 1995-2005

-Bekas AJK Dewan Pemuda Pas Kelantan 1994-2003
-Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan 2003-2005
-Bekas Ketua Pemuda Pas Kawasan Kuala Krai 2003-2005
-Bekas Pegawai Penerangan Pas Kelantan

-Ahli lembaga kumpulan perkayuan kelantan 2000-2002
-Chairman Prokel Manegement 2002-2004
-Chairman Kumpulan pertanian Kelantan Berhad 2005
-Ahli lembaga Syarikat Ladang Sungai Terah 2006-2009


NGO
-Ydp PIBG Sek Keb Banggol Guchil 2001-sekarang
-Ydp Pibg Maahad Rahmaniah Kuala Krai 2005-sekarang
-Ydp Pibg Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah 2007-2009
-Penaung Persatuan Kereta sewa Kuala Krai 2006-sekarang


Kelulusan
BA hons Universiti AL Azhar Mesir dalam jurusan usuluddin


Pengalaman yang tidak boleh dilupakan
-Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 1991-1992
-Kuliah mingguan jumaat di Pejabat Pas Kelantan mengantikan YAB Tuan Guru Nik Ab Aziz sebanyak 23 kali

--Pernah mengantikan ceramah Presiden Pas Dato Hj Fadhil Noor di Muar Johor

Lawatan ke luar negara
-Indonesia 1999 (DPPP)
-Afrika Selatan 1999 (Pas Pusat)
-Vietnam 2000(DPPP)
-United Kingdom bersama Dato Fadhil Noor Presiden PAS 2001(PAS Pusat)
-Jepun 2002(Kerajaan Kelantan)

-AFghanistan 2002(Pas Pusat)
-Lubnan dan Syria 2005(Pas Pusat)
-Mesir 2006(Kerajaan Kelantan)
-United Kingdom 2006 (Kerajaan Kelantan)
-Mesir 2008 (Kerajaan Kelantan)

Persekolahan
-Maahad Muhammadi

Mendapat anugerah dari yayasan islam kelantan sebagai pelajar kedua terbaik STPM Kuliah Usuluddin Seluruh Kelantan.
-Johan Syarahan Belia Seluruh Negeri Kelantan 1980 dan 1981
Mewakili Belia Kelantan ke Kejohanan Syarahan Peringkat Malaysia di Perlis 1982

Pernah berceramah bersama Pimpinan tertinggi PAS sepanjang berkecimpung dalam politik
-YAB Dato Tuan Guru Nik Aziz

-YB Dato Sri Ab Hadi Awang
-YB Nasaruddin Mat Isa

-YB Dato Husam Musa dan lain-lain.

Semoga beliau menggunakan sepenuhnya pengalaman yang telah dikutipnya itu untuk berkhidmat kepada penduduk Guchil dan Kuala Krai amnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan