Selasa, 11 Ogos 2009

Jamuan Kesyukuran PAS Cawangan Tualang


Majlis kesyukuran PAS Cawangan Tualang telah di adakan baru-baru ini. Majlis kesyukuran itu adalah bersempena pelantikan AJK PAS Kawasan Kuala Krai dan pelantikan AJK MTD Guchil yang baru. Majlis itu juga sempena dengan keberangkatan Pemangku Timbalan YDP Pas Kawasan Kuala Krai. Haji Ismail Jalil menunaikan umrah dan ibadah Haji pada keesokkannya. Begitu juga dengan pembedahan Tulang belakang AJK Pas Kawasan Tn Hj Che Pa Muhammad. Tn Hj Che Pa akan menjalani pembedahan pada 15 ogos ini. Turut hadhir pada majlis itu ialah YDP Pas Kawasan Yb.Ustaz Hj Abdul Latiff, Yb Tuan Zamri Tuan Arif dan Hj Zulkifli Yaacob Pengarah MTD Guchil yang baru. Majlis dimulakan dengan sembahyang hajat memohon keberkatan,keselamatan dan kejayaan. Selepas itu acara ucapan telah dibuat oleh dhif-dhif jemputan dan seterusnya majlis diakhiri dengan makan malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan